gnanaraja Lim Guan Eng Tidak Ingat Bila Beliau Buka Kasut & Bergambar Dengan Suspek 'RM19 Juta'

Lim Guan Eng Tidak Ingat Bila Beliau Buka Kasut & Bergambar Dengan Suspek ‘RM19 Juta’

Menurut pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Ketua Menteri Lim Guan Eng telah mengambil banyak gambar dengan ramai personaliti, dan tidak dapat mengingati berapa kali atau di mana setiap gambar diambil.

Ya, Ketua Menteri bertemu ramai orang sepanjang masa dalam segala macam acara umum dan beliau tidak boleh mengingati siapa yang mengambil foto dengannya dan di mana.

Tetapi adakah anda pernah membuka kasut anda dalam acara umum di pejabat Ketua Menteri, di restoran, di ceramah, di dalam dewan atau di istana?

Biasanya, anda akan membuka kasut anda jika anda berada di rumah seseorang.

Dan jika anda meluangkan masa untuk pergi ke rumah seseorang maka semestinya orang itu lebih penting dan saya pasti anda ingat bila ini berlaku.

Adakah anda bersetuju, Mr Ketua Menteri?

Oleh Eric See-To