Mengurangkan 75% Penjawat Awam Langkah Tampung Kos Janji Manis Manifesto?

Mengurangkan 75% Penjawat Awam Langkah Tampung Kos Janji Manis Manifesto?

Benar. Manifesto Pakatan kesemuanya adalah mengenai belanja, belanja, belanja, percuma ini dan percuma itu dan banyak dedak.

Tiada langsung dinyatakan dalam manifesto mereka yang menunjukkan bagaimana mereka akan memperolehi dana untuk membiayai semua ini atau bercakap tentang mengurangkan hutang.

Mungkin ini adalah salah satu cara.

mahathir 70% Manifesto Pakatan Telah Dilaksanakan Kerajaan - Majlis Profesor Negara

Badan pemikir Kerajaan DAP Pulau Pinang menggesa kerajaan pusat supaya mereformasikan dan mengurangkan saiz sektor perkhidmatan awam.

Kata Penang Institute di bawah pimpinan DAP, Malaysia patut mengurangkan penjawat awam sebanyak 75% dari 1.6 juta orang kepada 430,000 orang sahaja.

Walaupun Manifesto Pakatan Harapan untuk PRU14 tidak menyentuh hal ini tetapi manifesto mereka juga tidak menggariskan bagaimana mereka akan mengurangkan defisit ataupun hutang mereka untuk menampung kos-kos mereka menghapuskan GST, memansuhkan tol, memberi RM250 sebulan kepada semua pekerja swasta ditaraf gaji minima dan sebagainya.

Mungkin mengurangkan penjawat awam adalah suatu langkah mereka yang disembunyikan.

FMT: Badan pemikir Kerajaan Pulau Pinang menggesa kerajaan supaya mereformasikan dan mengurangkan saiz sektor perkhidmatan awam, bagi mengurangkan defisit belanjawan.

Selain itu ia juga melepaskan bakat dan sumber manusia dalam kerajaan ke sektor swasta, kata Penang Institute.

Menjawab pembentangan Bajet 2017, badan pemikir itu berkata terlalu banyak wang diperuntukkan untuk perkhidmatan awam.

Kenyataan daripada unit ekonominya mengakui kemungkinan penurunan belanjawan defisit yang kecil dalam belanjawan kali lini berbandung angka tahun lalu.

Bagaimanapun ia berpendapat belanjawan berimbang tidak mungkin tercapai dalam masa terdekat ekoran perbelanjaan untuk perkhidmatan awam yang besar.

Penang Institute ambil maklum belanjawan kali ini memperuntukan RM214.8 bilion sebagai perbelanjaan mengurus, dimana RM77.4 bilion untuk emolumen dan RM32 bilion untuk bekalan dan perkhidmatan.

DAP Ibaratkan Bajet 2017 Untuk Penjawat Awam Seperti Pikul Biawak Hidup

“Semua ini secara terkumpul 51% daripada jumlah keseluruhan belanjawan mengurus atau 42% daripada keseluruhan belanjawan,” katanya.

Menjelaskan keberkesanan perkhidmatan awam yang dimaksudkan, Penang Institute mengambil contoh penjawat awam Singapura cuma 1.4% daripada penduduk negara pulau itu.

Malaysia mempunyai 1.6 juta penjawat awam, bersamaan 5.5% daripada penduduk negara ini.

Menurut badan pemikir itu lagi, Jerman juga mempunyai perkhidmatan awam yang besar tetapi 4.18 juta penjawat awam itu bekerja dalam ekonomi dengan Keluaran Dalam Negara Kasar mencecah AS$3.636 trilion.

“Menggunakan nisbah KDNK kepada penjawat awam seperti di Jerman, ini bermakna Malaysia, yang mempunyai KDNK AS$375 bilion, hanya perlukan 430,000 penjawat awam,” katanya.

Selain itu, sektor swasta negara akan menerima manfaat daripada pengurangan saiz penjawat awam kerana kadar pengangguran yang rendah.

Penang Institut turut mengulas usul melanjutkan pinjaman jangka masa pendek untuk orang awam bagi tujuan pembelian komputer dan motorsikal. Katanya pakar ekonomi tidak menyokong langkah itu kerana ia mmungkin tidak mampan.

“Isi rumah perlukan konsolidasi hutang bagi mengurangkan beban hutang mereka,” katanya.

Oleh Eric See-To