Menjawab 19 Tohmahan Terhadap Najib

Menjawab 19 Tohmahan Terhadap Najib

Ada macai mai tepek poster seperti di bawah untuk memperlekehkan kejayaan-kejayaan DS Najib mentadbir negara dengan cemerlang.

Berikut adalah jawapan-jawapan kepada 19 tohmahan itu:

1. Proton – tak pernah untung. Bisnes 33 tahun rugi memanjang. Baik jual dari dukung biawak hidup vendor kroni Tun.

2. F1 – projek tak pernah menguntungkan negara. Rakyat marhaen pun tak pernah mampu nak beli seat mahal-mahal tu.

3. Lapangan Terbang Sg Besi dijual sebab hilang nilai strategik ketenteraan. Diganti dengan Pengkalan Tentera Sendayan dan 7 lagi kem tentera. Tapak LT Sg Besi bakal berdirinya Bandar Malaysia dengan bullet train ke Singapura.

Siapa Cakap Projek TRX Tidak Jadi?

3. 1MDB gagal – katalah gagal pun, 1MDB membayar hutangnya sendiri. TIDAK ADA BAILOUTS. Sedangkan sebenarnya tak gagal. TRX tu 1MDB la tengah buat sekarang. Tak seperti company-company zaman Atok. Memanjang bailout. Bailout harga berganda-ganda pula tu demi pastikan kroni kekal kaya.

5. Ringgit merudum – Ringgit paling banyak meredum zaman Tun. USD1 = RM4.80. Rizab bank negara menipis. Sampai terpaksa ditambat dan pelabur-pelabur lari. Ringgit sekarang jatuh ke RM4.20 je dan kini mengukuh kembali ke RM3.80 TANPA PERLU DITAMBAT! Rizab Bank Negara Malaysia sekarang dah dekat setengah trilion ringgit.

Mahathir Pertahan Kadar Tol, Termurah Di Dunia

6. Tol meningkat – ini salah Atok. Dia yang buat perjanjian bodoh dengan syarikat konsesi. (atok sendiri ngaku dia bodoh). Hasilnya DS Najib yang terpaksa settle masalah ini. DS Najib arahkan KWSP beli konsesi tol. Supaya kalau pun rakyat kena bayar, hasilnya tetap pergi kepada rakyat (pencarum KWSP).

7. GST dilaksanakan – ini tindakan bijak yang telah menyelamatkan ekonomi negara ketika harga minyak jatuh. GST sistem cukai paling telus di dunia. Wang dibayar pasti masuk ke kantung negara. Sistem cukai lapuk SST zaman Tun penuh ketirisan. Peniaga caj cukai SST, kita bayar, tapi depa tak bayar pada kerajaan. Masuk poket peniaga-peniaga yang tamak. GST menyekat amalan ini. Hanya penyangak je tak suka. 170 negara dunia dah buat GST termasuk Arab Saudi yang jauh lebih kaya dengan hasil minyak.

8. Kedai 1Malaysia tutup – ini adalah kebodohan. Kedai 1Malaysia dinaik taraf ke Kedai 1Malaysia 2.0.

Wahai Pemfitnah, FGV Tidak Memiliki Walau Seinci Pun Tanah FELDA!

9. FELDA jahanam – jahanam apa kebendanya? Peneroka-peneroka paling ramai jadi jutawan zaman DS Najib. Dan depa dapat durian runtuh hampir setiap tahun. Bukan macam zaman Atok, depa terabai pasal konon Tun nak jadikan negara ni negara perindustrian dan bukan negara agrikultur.

10. Petrol naik – ini adalah masalah global. Satu dunia kena. Takkan ni pun salah Najib. Badigol sood tul.

11. Pelabur asing lari – ni zaman Atok bukan zaman Najib. Setakat Mei 2017, sebanyak RM400 bilion pelaburan asing telah dibawa masuk oleh DS Najib.

12. Ahli UMNO keluar parti – hahahaha! Ni apa kena mengena ni? Ahli UMNO dah keluar parti sejak tahun 50an (PAS), 1988 (Semangat 46), 1999 (PKR) dan terbaru Bunga. Tapi UMNO kekal memerintah dengan jayanya.

13. Warga asing bertambah – ini petanda ekonomi negara mantap. Warga asing tak pergi negara-negara gagal dan miskin.

14. Aset negara dilelong – aset apa yang dilelong ni? Hahaha. Jual beli syarikat adalah normal. Mercedes Benz dibeli oleh Geely. Apakah Germany dah lelong Mercedes?

Mahathir, Forest City & Pelaburan Asing

15. Tanah strategik digadai – tanah mana tu yang kena gadai? Temberang je lebih. Forrest City yang Atok kata gadai tu tanah tambak ngok. Satu inci pun bumi johor tak jual pada China.

16. Kapal terbang hilang – aisey nahas macam ni pun jadi bahan untuk kenakan Najib? Zaman Tun dulu Highland Tower runtuh. Tu sebab Tun jugak kan?

17. Petrol naik – macai siap tulis 2 kali untuk panjangkan list. Baru la nampak banyak. Benda ni dah ulas kat atas. (Perkara no 10).

18. Kos sara hidup naik – tiada satu negara dalam dunia yang kos sara hidup dia kekal atau turun dengan peredaran masa. Kalau ada, kau pindah la pi sana.

45,000 Peluang Pekerjaan Bakal Diwujudkan Menerusi Pembinaan Fasa 2 Projek ECRL

19. Kadar pengangguran naik – ini adalah tipu. Kadar pengangguran negara adalah paling rendah dalam sejarah negara pada zaman DS Najib Tun Razak. Malah projek-projek infrarakyat yang beliau bina ini telah mencipta lebih dari 2 juta peluang pekerjaaan berkemahiran tinggi.

Tapi Pakatan dah kata depa nak kaji semula dan batalkan projek-projek infrarakyat seperti rel dan train ini. So mengundi Pakatan adalah merupakan langkah kebelakang yang dangkal.

Untuk rekod, kadar pengangguran adalah tertinggi pada era pemerintahan Atok. Dah la macam tu, gaji pun ciput.

Oleh Abdul Rahman Abdul Kadir