Persempadanan Semula: Demonstrasi Kalah, Demokrasi Menang

Persempadanan Semula: Demonstrasi Kalah, Demokrasi Menang

Macai Pakatan (majoriti bertaraf rendah) ternyata hanya buat kerja sia-sia saja dengan mengadakan demonstrasi serta cuba merempuh sekatan polis di bangunan parlimen semalam dalam usaha membantah usul persempadanan semula yang dibentang Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak.

maria chin mat sabu nurul izzah Persempadanan Semula Saja Pun, Bukan Ketat Peraturan Pindah Pengundi

Hujung-hujungnya usul itu tetap diluluskan dengan majoriti sangat besar, 129 kalahkan 80. Tiada apa yang Pakatan mampu lakukan kerana sebagai pihak yang kalah dalam PRU13, jumlah kerusi mereka adalah jauh lebih sedikit dari BN.

Ini realitinya demokrasi di negara kita, jadi tak faham kenapa Pakatan nak “kesal” bila usul itu diluluskan, kesal apa jadahnya pula, dah memang BN kerusi banyak, kau tidak.

Lagipun tidak banyak yang berubah, melainkan nama dan sempadan kawasan pilihanraya. Itu pun bukan semua, hanya 12 kerusi parlimen dan 28 DUN saja yang terlibat. Berbeza benar dengan apa yang digebangkan, konon persempadanan ini beri kelebihan kepada BN. Menipu lagi la tu.

Bantah Persempadanan Semula: Publisiti Murahan DAP & Mahathir Raih Perhatian Media Asing

Apa pun moralnya ialah peranan pemimpin Pakatan di parlimen macam ini sajalah – membodohkan penyokong terutama yang berpelajaran rendah dan tidak bekerja seperti maksimum 200 orang yang berkumpul di luar bangunan parlimen semalam.

Nama nak memperjuangkan hak rakyat di Parlimen, hampir tidak ada. Cuba tanya dah berapa banyak isu rakyat yang diwakili kawasan masing-masing diperjuangkan di Parlimen sejak 5 tahun lepas? Boleh kira dengan jari. Balik-balik 1MDB, balik-balik 1MDB. Macam tidak permasalahan rakyat kawasan masing-masing yang nak dikatakan.

1MDB ini hanya alasan Mahathir nak jadi Perdana Menteri balik, bukan ada kena mengena dengan rakyat sama sekali pun, yang buang masa banyak sangat kat situ apahal?

Sumber: MYKMU