Persempadanan Semula: Pakatan Sengaja Mahu Takut-Takutkan Rakyat?

Persempadanan Semula: Pakatan Sengaja Mahu Takut-Takutkan Rakyat?

Alhamdulillah, selesai sudah Dato’ Seri Najib Tun Razak melakukan pembentangan usul persempadanan semula yang dicadangkan SPR di Dewan Rakyat. Seperti yang dijangka, usul berkenaan menang bergaya dengan 129 undi menyokong, berbalas 80 yang menolak.

Sejak pagi lagi usul berkenaan cuba digagalkan oleh pihak pembangkang. Puak ‘baju kuning’ tunjuk perangai buruk di luar Parlimen. Ingatkan yang datang dalam 50,000 orang, rupanya tak berapa kerat pun yang datang?

Sambutan BERSIH Bantah Persempadanan Semula Paling Hambar Dalam Sejarah

Di dalam dewan pula lain pula halnya. Lim Kit Siang misalnya sampai dihalau Speaker Dewan Rakyat gara-gara menentang usul itu. Logik mudah, secara tidak langsung perangai tak bertamadun itu telah menyebabkan hilang 1 undi menolak, bukan?

Penulis melihat segala ‘drama’ yang ‘dilakonkan’ hari ini tidak lebih daripada mainan retorik politik semata-mata. Puak pembangkang sememangnya dari awal lagi tahu mereka akan kalah membantah usul persempadanan semula. Maka sebab itu mereka ‘main wayang’?

Strategi mereka sebenarnya hanyalah mahu menakut-nakutkan para pengundi di negara ini dengan membayangkan usul persempadanan semula itu kononnya akan memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-14 nanti.

Kononnya usul tersebut sengaja dicadangkan supaya BN boleh ‘menipu’ orang ramai dengan memindahkan pengundi ke kawasan tertentu? Maka kerana itu perlu dilakukan persempadanan semula? Maka mereka yang malas dan ‘tolol’ berfikir pun akan percaya.

Padahal, kali terakhir persempadanan semula ini dilakukan pada 2003/2004 dulu. Sekarang sudah 2018, maksudnya sudah lebih daripada 13-14 tahun tidak dikaji semula. Rasionalnya, ia dilakukan kerana pertumbuhan pesat suatu kawasan yang mengakibatkan pertambahan penduduk dan keperluan lain, maka wajarlah ia dikaji semula, bukan?

Tidak ada apa-apa yang perlu ditakutkan sebenarnya daripada persempadanan semula bagi kawasan pilihan raya. Tidak ada unsur ‘mengelat’ pun melainkan puak pembangkang yang sengaja cari jalan memburuk-burukan setiap usul kerajaan.

Pada hemat penulis, pembangkang sudah dari awal lagi menyedari bahawa mereka tidak mempunyai peluang untuk memenangi Putrajaya pada PRU ke-14. Untuk menutup malu, maka diburuk-burukkanlah sistem pilihan raya di negara kita.

Warga ‘terlalu’ emas yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri ‘sementara’ Pakatan Harapan pun awal-awal lagi sudah kata PRU ke-14 nanti kononnya yang paling kotor dalam sejarah. Tapi yang peliknya, PRU paling kotor itulah kononnya dia yakin boleh menang?

Sekiranya PRU ke-14 ini paling kotor dalam sejarah demokrasi negara, maka penulis yakin Pakatan Harapan jangan haraplah boleh menang 10 peratus daripada 222 kerusi Parlimen nanti. Paling kuat pun, mereka hanya akan menang 22 kerusi Parlimen sahaja.

Tapi sekarang ini, pembangkang ada lebih daripada 80 kerusi di parlimen. BN menang pada PRU ke-13 dengan majoriti mudah saja, bukan menang 2/3 Dewan Rakyat pun. Jika BN boleh kawal keputusan pilihan raya, sudah tentulah BN menang 2/3 macam di zaman ‘warga emas’, bukan?

Bantah Persempadanan Semula: Publisiti Murahan DAP & Mahathir Raih Perhatian Media Asing

Jadi, di mana kotornya sistem pilihan raya di negara kita di zaman Najib? Atau sebenarnya memang otak pembangkang yang kotor dan cuba nak kotorkan minda rakyat pula? Sengaja melancarkan propaganda jijik dengan memanipulasi minda rakyat?

Saranan penulis yang pertama, jika Pakatan Harapan dakwa PRU kali ini paling kotor dalam sejarah, maka tidak perlulah masuk bertanding. Boikot saja PRU ke-14. Jangan letak calon walau seorang pun, sama ada di peringkat parlimen mahupun dewan undangan negeri. Biar Gagasan Sejahtera saja yang bertanding lawan BN.

Pilihan kedua, jika sedar diri tak mampu menang pada PRU ke-14 ini, maka mengaku sajalah. Tak perlulah tuding jari pada sistem pilihan raya, SPR atau mana-mana pihak. Lawan PAS pun belum tentu menang, inikan pula nak tewaskan BN? Jangan mimpilah.

Sumber: MYKMU