Persempadanan Semula: Penjenamaan Semula Isu '40,000 Pengundi Bangla'

Persempadanan Semula: Penjenamaan Semula Isu ‘40,000 Pengundi Bangla’

Dalam setiap proses persempadanan semula, seperti yang termaktub di dalam undang-undang, dapat dilihat penambahan serta pengurangan beberapa buah kerusi yang dipertandingkan di sesebuah kawasan.

Di dalam proses persempadanan baru-baru ini, 37 buah kerusi akan dikurangkan berbanding pada PRU-13, berdasarkan jumlah pengundi di kawasan berkenaan.

Kenapa Kita Perlu Buat Persempadanan Semula?

Kawasan Subang (akan dinamakan semula sebagai Sg Buloh) yang kini dipegang oleh R. Sivarsa akan menyaksikan pengecilan jumlah pengundi sebanyak 42.86% atau daripada 128,543 pengundi kepada 73,448 pengundi.

Kerusi lain milik Pakatan yang menyaksikan pengurangan dengan ketara ialah Hulu Langat (-34.86%), Lumut (-29.72%), Kapar (-26.38%), dan Puchong (-22.72%).

Anda bakal mendapat sesuatu dan anda juga akan kehilangan sesuatu. Ia bukan situasi berat sebelah bagi Pakatan. PAS yang memberi sokongan kepada beberapa buah kerusi yang dimenangi Pakatan, mereka juga boleh mendapat manfaat daripada persempadanan itu selepas tidak lagi bersama dalam Pakatan.

Kali terakhir persempadanan semula dilakukan ialah pada tahun 2003. Pada pilihan raya tahun 2008, Pakatan menawan 5 buah negeri dan menafikan kemenangan majoriti 2/3 BN buat pertama kalinya.

Pihak pembangkang acap kali mengatakan bahawa setiap kali pilihan raya yang diadakan adalah yang terkotor dalam sejarah. Maka, persempadanan semula ini merupakan satu lagi alasan mereka untuk memutarkan balik isu ini.

Di dalam setiap proses persempadanan semula, beberapa kerusi bahagian mereka akan lebih kuat dan sesetengahnya akan berkurangan.

Anda dapat sesuatu dan anda bakal kehilangan sesuatu tetapi jika anda dapat meyakinkan dan mendapatkan kepercayaan pengundi, tiada apa yang perlu anda risaukan.

undi DAP & PKR Sedang Cuba Ulang Taktik Lama PRU13

Seperti dakwaan DAP yang menuduh Malaysia telah bangkrap sejak 50 tahun yang lalu, setiap pilihan raya yang diadakan adalah yang “terkotor dalam sejarah Malaysia” – ia merupakan cerita yang dimainkan semula bagi mendapatkan undi simpati.

Lim Kit Siang juga pernah mengeluarkan buku pada 1991 yang bertajuk “Pilihan Raya Terkotor Dalam Sejarah Malaysia.”

Berdasarkan tindakan mereka baru-baru ini, Pakatan seperti mahu menggunakan isu persempadanan semula ini sebagai langkah “merampas pilihan raya” – yang mana sama seperti cerita yang digembar-gemburkan mereka dulu tentang “40 ribu pengundi Bangla”.

Mereka kini tidak boleh lagi menggunakan cerita 40 ribu Bangla atau “Blackout” kerana ia telah didedahkan sebagai penipuan Pakatan kepada para pengundi.

Oleh itu, isu persempadan semula ini hanyalah penjenamaan semula isu “40 Ribu Bangla”.