maria chin mat sabu nurul izzah Persempadanan Semula Saja Pun, Bukan Ketat Peraturan Pindah Pengundi

Persempadanan Semula Saja Pun, Bukan Ketat Peraturan Pindah Pengundi

Parlimen hari ini mendengar pembentangan Perdana Menteri mengenai persempadanan semula kawasan-kawasan pilihanraya di Malaysia ini yang kali terakhir dibuat pada tahun 2003 atau 2004 – sekitar ini, yang pentingnya, dah lama sangat dah, dekat 20 tahun.

Takkan nak tunggu 93 tahun macam umur Mahathir pulak baru nak buat persempadanan semula kut?

Diktator & Gila Kuasa: Tun Mahathir Mudah Lupa

Perkara ini perlu dilakukan kerana kadar pertambahan penduduk yang menjadikan satu-satu kawasan pilihanraya itu menjadi terlalu besar berbanding yang lain sedangkan jumlah wakil rakyat masih sama.  Kawasan besar, tak terlarat Ahli Parlimen atau ADUN nak cover semua sebab itu perlu dibuat persempadanan semula – lebih kurang itu maksudnya.

Kenapa Kita Perlu Buat Persempadanan Semula?

Itu yang kita tak faham apa yang DAP dan Pakatan pembangkang yang dipimpinnya kecoh sangat, persempadanan semula saja pun bukan ketat peraturan pindah-pindah pengundi.  Ya, setahu penulis, manipulasi sebenar dalam sistem pilihanraya yang dikatakan ni bukan dilakukan oleh SPR atau kerajaan BN tapi parti-parti Pakatan melalui proses pemindahan pengundi.

Lebih kurangnya, 1 jari tunjuk kat kita, 4 lagi tunjuk kat dia.

Justeru, janganlah rakyat tertipu konon ada penipuan yang berlaku dari soal persempadanan semula ini.  Persempadanan semula ini sebetulnya tidak pernah menjadi isu kepada Pakatan, silap-silap dapat untung pula lagi ke dia sebab ada kawasan parlimen yang dia menang besar, dari satu dah menjadi dua.

Lainlah kalau peraturan memindah pengundi itu yang dikaji untuk diketatkan dan seumpamanya.  Kalau berlaku yang itu, memang beri kesan mendalam.

Ini semua lebih kurang sama ceritanya dengan dakwaan 40,000 bangla mengundi dalam PRU13.  Sementara ada yang leka mengejar bas-bas membawa pengundi yang dikatakan dari Bangladesh, bas-bas yang membawa pengundi luar kawasan, dilupakan.  Divertion lah senang kata.

Sumber: MYKMU