Rakyat Malaysia Bayar Cukai 58.62 Sen Setiap Liter Petrol, Tak Percaya Tanya Mahathir

Rakyat Malaysia Bayar Cukai 58.62 Sen Setiap Liter Petrol, Tak Percaya Tanya Mahathir

Semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, harga minyak dunia lebih rendah berbanding sekarang.

Kini harga satu tong minyak ialah US$60 X RM3.90 = RM234 satu tong

Sebelum krisis ekonomi tahun 1998, harga minyak dunia ialah:
US$12 X RM2.40 = RM30 satu tong

Selepas krisis ekonomi tahun 1998, harga minyak dunia ialah:
US$20 X RM3.80 = RM76 satu tong.

RM30 hingga RM76 satu tong berbanding RM234 satu tong sekarang. (Harga petrol RON92 zaman Mahathir ialah RM1.06 seliter. Kini RON95 ialah RM2.20 seliter)

Sebelum Tahun 2004, Rakyat Malaysia Bayar Cukai 58.62 Sen Untuk Setiap Liter Petrol

Oleh itu semasa Tun Mahathir menjadi PM, tiada subsidi minyak diberi oleh beliau.

Malahan, beliau kenakan cukai 58.62 sen seliter petrol selama 22 tahun beliau memerintah.

Kalau tidak percaya, boleh tanya Tun Mahathir sendiri.

Akibat dari harga minyak dunia yang semakin meningkat tahun 2004, cukai petrol ini dimansuhkan oleh kerajaan.

Tun Mahathir juga tidak pernah beri subsidi untuk minyak masak, gula ataupun beras.

Oleh Eric See-To