Sistem Pilihan Raya Dimanipulasi Untuk Menangkan Parti Tertentu Pada PRU14?

Sistem Pilihan Raya Dimanipulasi Untuk Menangkan Parti Tertentu Pada PRU14?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan bahawa terdapat manipulasi terhadap sistem pilihan raya untuk memastikan kemenangan parti tertentu pada PRU-14 ini, sebaliknya semua sistem yang dijalankan seperti pendaftaran pemilih, persempadanan semula bahagian pilihan raya dan perjalanan pilihan raya dan adalah telus dan adil.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, persempadanan semula bukanlah faktor penentu kepada kemenangan mana-mana pihak dan ianya ditentukan semata-mata oleh pengundi sepertimana yang berlaku di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perak yang pernah diperintah oleh parti pembangkang walaupun dengan menggunapakai formula dan sistem persempadanan yang sama.

Berhubung persempadanan kawasan pilihan raya yang tidak sama rata, Mohd Hashim berkata, formula perbandingan yang sering digunakan adalah tidak wajar dan berniat mengelirukan, kerana dari sudut geografi dan populasi, walaupun parlimen/Dewan Undangan Negeri (DUN) luar bandar mempunyai keluasan yang lebih besar, populasinya adalah lebih kecil manakala jenis petempatannya adalah secara berselerak, berbeza dengan kawasan kategori bandar, walaupun keluasannya lebih kecil, kepadatan penduduk adalah sangat tinggi dan jenis petempatan pula adalah secara berkelompok/berpusat.

Selain itu, katanya, kemudahan juga lebih banyak terdapat di kawsan Parlimen/DUN kategori Bandar seperti sekolah, dewan dan sebagainya. Oleh yang demikian sudah pasti terdapat perbezaan ketara di antara kedua-dua jenis kategori bandar dan luar bandar. Sewajarnya perbandingan perlulah dibuat di antara kategori bandar dengan bandar atau luar bandar dengan luar bandar.

Pakatan Harapan Terlalu Bergantung Undi Cina

Mengenai sistem pendaftaran pemilih pula, SPR telah mewujudkan proses yang telus dan adil di mana setiap pewartaan daftar pemilih mesti melalui proses pameran rang daftar pemilih tambahan kepada umum bagi membolehkan pemeriksaan dibuat terhadap setiap permohonan baharu permohonan atau permohonan pertukaran bahagian pilihan raya sebelum didaftar dan diwartakan mengikut Undang-Undang. Pemilih yang layak di bahagian pilihan raya yang berkenaan diberi peluang untuk membuat proses bantahan dan tuntutan. Malah, pendengaran awam juga dilaksanakan untuk membuktikan sesuatu permohonan itu sah atau sebaliknya. Semua proses itu mesti dilalui oleh SPR bagi pewartaan pemilih ini dan ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

Sumber: Sebenarnya.my