Skandal Terowong: Jika Tiada Salah, Kenapa Bayar RM22 Juta Untuk 'Kawtim'?

Skandal Terowong: Jika Tiada Salah, Kenapa Bayar RM22 Juta Untuk ‘Kawtim’?

Lim Guan Eng minta Consortium Zenith Construction jelaskan kepada dia mengenai “bayaran perundingan” RM22 juta kepada dua individu; seorang bergelar Dato Seri dan seorang lagi Dato yang kini sedang ditahan reman oleh SPRM.

Nak cerita apa lagi? Consortium Zenith Construction dah akui secara tidak langsung bayaran itu dibuat untuk menghentikan siasatan SPRM ke atas projek terowong dan syarikat-syarikat yang terlibat dengan projek itu.

Soalan yang perlu Lim Guan Eng jawab, jika semua urusan dalam projek itu, dari A hingga Z tidak melanggari undang-undang, kenapa syarikat SPV itu sanggup kehabisan RM22 juta kepada 2 individu untuk ‘kawtim’ SPRM?

Selepas Gnanaraja, Jabarullah Kadersah Menambahkan Kerisauan Lim Guan Eng

RM22 juta bukan satu jumlah yang kecil. Modal berbayar syarikat SPV pun hanya RM26.5 juta sahaja walaupun syarikat SPV mengumumkan syarikat untung berkali ganda modal berbayar syarikat.

Bukankah lebih baik gunakan RM22 juta itu untuk menambahkan modal berbayar syarikat SPV itu yang masih banyak kurangnya dari syarat minima RM381 juta jumlah modal berbayar yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Lim Guan Eng hari ini terpaksa guna media untuk menanyakan Consortium Zenith Construction kerana mereka sudah tidak lagi berhubung sejak individu utama syarikat SPV itu bercuti sabatikal setelah direman oleh SPRM.

Lim Guan Eng juga kini sudah tidak lagi dapat berhubung dengan sesiapa dari CRCC yang sebelum ini dia katakan adalah pembina utama projek jalan utama dan terowong Pulau Pinang itu.

Banyaknya masalah Lim Guan Eng sejak SPRM mereman beberapa individu yang berkaitan rapat dengan projek mega itu. Harap Lim Guan Eng jangan cuba cuci tangan pulak dan menghalakan tanggungjawab ke atas projek itu kepada orang lain, terutamanya pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Skandal ini semakin menarik. Banyak lagi kemungkinan akan terbongkar kata sumber yang boleh dipercayai.

Oleh Azizi Safar