Soalan-Soalan Yang Saya Mahu Jawapan Dari Tun Mahathir & Pakatan Harapan

Soalan-Soalan Yang Saya Mahu Jawapan Dari Tun Mahathir & Pakatan Harapan

1. Jika Malaysia tidak juga jatuh bankrap apabila nisbah hutang kepada KDNK kita semasa zaman Mahathir sebagai Perdana Menteri untuk 5 tahun pertama pernah mencecah lebih dari sekali ganda iaitu 44% pada tahun 1980 kepada 103.4% menjelang 1986, bagaimana Malaysia boleh bankrap ketika nisbah hutang kita sekarang ini hanya 52.7%?

Hampir 1/3 Pendapatan Negara Diguna Bayar Hutang Semasa Mahathir PM Berbanding 12% Kini

2. Ada kira-kira 80 buah negara yang purata hutangnya lebih dari Malaysia ini yang hanya 52.7% termasuk kebanyakan negara di Eropah, Amerika Syarikat, Singapura, Jepun dan lain-lain lagi. Jika Malaysia bangkrap, adakah 79 buah negara seperti ini dengan kadar hutang yang lebih tinggi ini akan terlebih dahulu jatuh bankrap?

Hutang Kerajaan Persekutuan Bukan Di Paras Bahaya!

3. Mukhriz mengakui di dalam mahkamah baru-baru ini bahawa anda dan juga Muhyiddin telah merancang untuk menggulingkan Najib seawal tahun 2014 lagi iaitu sebelum isu 1MDB meletup. Adakah ini bermakna bahawa Muhyiddin dan Mukhriz telah dipecat kerana bersubahat untuk menggulingkan Presiden parti bukannya kerana isu 1MDB?

Mukhriz Mengaku Mahathir & Muhyiddin Rancang Jatuhkan Najib Sejak 2014

4. Adakah benar bahawa anda dan juga 4 orang anak anda sebagaimana senarai SSM mempunyai kepentingan dan pemilikan di dalam 488 buah syarikat yang berdaftar? Jika ini benar, berapa ratus buah syarikat yang dimiliki oleh ahli keluarga anda? Berapa pula nilai syarikat-syarikat tersebut?

mahathir "Anak-Anak Saya Sangat Kaya Kerana Kerja Keras, Semasa Saya Jadi PM Mereka Tak Kaya Pun"

5. Tun telah berjuang untuk orang Melayu dan juga Islam selama 22 tahun dan akhirnya anda berjaya melahirkan 3 orang Melayu Islam sebagai antara 10 orang terkaya di Malaysia pada tahun 2014 dengan anak anda iaitu Mokhzani muncul sebagai orang Melayu Islam ke-2 terkaya. Adakah ini anda gambarkan sebagai kejayaan yang sangat dibanggakan?

6. Adalah benar beberapa bulan sebelum anda meletakkan jawatan, Kementerian Kewangan di bawah anda telah menganugerahkan lesen perjudian secara monopoli selama 20 tahun kepada Vincent Tan tanpa sebarang tender dan tidak memaklumkan kepada Jemaah Menteri dengan harganya sebanyak RM20 juta sahaja – di mana kemudiannya Vincent Tan telah menjualnya beberapa tahun selepas itu dengan nilai RM700 juta?

Malahan, billionaire ini telah menghabiskan jutaan ringgit bagi menganjurkan parti harijadi untuk anda setiap tahun. Tidakkah ini juga merupakan rasuah?

Mahathir, Halalkah Sambutan Hari Lahir Ditaja Taikun Judi?Mahathir, Halalkah Sambutan Hari Lahir Ditaja Taikun Judi?

7. Mirzan telah membeli Diperdana Bhd yang merupakan syarikat perniagaan pengangkutan kontena ketiga terbesar dari Danny Tan (abang kepada Vincent Tan) sementara Mokhzani telah membeli Pantai Hospital dari Vincent Tan. Berapa banyak syarikat yang dibeli dan dijual antara anak anda dengan ahli keluarga Vincent ini?

Mabrurkah Hubungan Perniagaan Mahathir & Vincent Tan?

8. Ahli Majlis Tertinggi PPBM A. Kadir Jasin pernah berkata bahawa semasa anda berkuasa, billionaire ini kerap meminjamkan jet peribadinya untuk digunakan oleh anda. Tidakkah penggunaan jet ini juga dianggap sebagai rasuah kerana anda dikira telah menerima sesuatu dengan balasan? Atau Kadir ini hanya berbohong?

Ini Bukti Mahathir Perdana Menteri Paling Miskin

9. Adakah benar Tun merupakan antara 3 pemegang saham terbesar hotel 5 bintang Palace of Golden Horses yang terletak berhampiran dengan rumah anda?

10. Bilakan anda membeli rumah yang diduduki pada hari ini di Country Heights dan berapakah harganya? Ada atau tidak sebarang bukti menunjukkan pembelian tersebut?

Bekas Pegawai Dakwa Mahathir Miliki RM83 Bilion Di Luar Negara

11. Pada tahun 1988 arahan untuk mengambilalih dan mengusir telah dikeluarkan ke atas Kelab Lumba Kuda di atas tanah yang sekarang ini terbinanya KLCC. Mengapa arahan ini telah dibatalkan dan mengapa pihak kerajaan tidak bertindak untuk membuat penilaian dengan harga yang nominal tetapi sebaliknya membenarkan Ananda Krishnan mengambil alih tanah tersebut beberapa tahun selepas itu dan kemudiannya membuat berbilion ringgit setelah menjualnya kepada Petronas selang beberapa tahun?

Tolong Tanyakan Mahathir, Kenapa Petronas Perlu Beli Tanah Mahal Dari Ananda Krishnan?

12. Anda berkata Lim Kit Siang dan DAP adalah rasis tetapi kini anda berkata mereka ini tidak rasis. Adakah anda menipu di masa dahulu atau anda sendiri telah berbohong pada masa kini?

mahathir Memang Lim Kit Siang Mahu Jadi Perdana Menteri - Tunku Aziz

13. Anda berkata Anwar Ibrahim tidak mempunyai moral yang layak sebagai PM tetapi kini anda berkata Anwar boleh menjadi PM. Adakah anda menipu pada masa dahulu atau anda menipu pada hari ini?

Apa Pendirian Mahathir Sekarang Tentang Perbuatan Liwat Anwar?

14. Dalam tahun 2003, beberapa bulan sebelum anda bersara dan beberapa bulan sebelum Mukhriz menyenaraikan syarikatnya Opcom, Kementerian Kewangan di mana di ketika itu anda merupakan menterinya telah menulis sepucuk surat kepada syarikat milik kerajaan iaitu Telekom Malaysia untuk membuat rundingan langsung dan menganugerahkan projek bernilai RM214 juta kepada Opcom yang mana Mukhriz merupakan pemegang saham yang majoriti.

Tidakkah ini merupakan satu salah kuasa dan jelas sebagai konflik berkepentingan?

EXCO Armada PPBM Lapor SPRM Salah Guna Kuasa, Rasuah Mahathir & Mukhriz

15. Anda berkata dasar ekonomi Najib adalah salah dan perlu kembali kepada dasar yang telah anda lakukan. Tetapi Pakatan pernah berkata dasar ekonomi anda juga salah sebelum ini yang telah membawa kepada pendapatan yang rendah, kronisme dan pembahagian pendapatan yang tidak seimbang dengan begitu tinggi sekali.

Jika anda menang PRU14 ini, adakah ini bermakna pihak Pakatan akan menyokong untuk melaksanakan dasar-dasar lama anda yang telah menjurus kepada pendapatan yang rendah, kronisme dan pembahagian pendapatan yang tidak seimbang dengan begitu tinggi?

mahathir Era Kegemilangan Kronisme & Nepotisme Yang Mereka Mahu Kembalikan Selepas PRU14

16. Jika anda sangat sayangkan Proton dan yakin dengan kejayaannya, mengapa tidak anak anda membayar RM1 bilion untuk membeli Proton daripada membiarkan Geely membelinya? Anak anda mempunyai pengalaman di dalam sektor automotif dan sudah pasti mempunyai wang dan mengapa anda tidak menyuruh mereka ini membeli Proton?

17. Semasa anda sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, US$ meningkat dari RM2.40 kepada RM4.87 sehingga anda menambat ringgit pada RM3.80, iaitu jatuh sebanyak 60%.

Tetapi semasa Najib mengambil alih, US$ adalah RM3.73 dan kini hanya RM4.28 – cuma 12% kejatuhannya.

Kenapa Malaysia Tidak Tambat Ringgit Seperti Tahun 1998

18. Semasa anda sebagai PM, pada tahun 1985 harga eksport komoditi jatuh separuh dan menjurus kita kepada kemelesetan ekonomi. Tetapi dalam tahun 2015, harga eksport komoditi kita (termasuk Petroleum) jatuh separuh juga tetapi tidak menjuruskan negara ini kepada kemelessetan dan sebaliknya Malaysia terus berkembang. Tidakkah ini dianggap sebagai kejayaan Najib?

Mahathir Buktikan Kerajaan Sekarang Tidak Akan Muflis

19. Hutang kerajaan Malaysia melonjak tinggi sekali sahaja pada tahun 2009 apabila Najib perlu menyuntik RM60 bilion ke dalam ekonomi kita bagi menstabilkan dan mengawal kita dari terjerumus ke dalam Kemelesetan Ekonomi Besar pada tahun 2007 hingga 2010. Sejak itu, Najib berjaya mengurangkan defisit pada setiap tahun.

Adakah anda menyalahkan Najib kerana meningkatkan hutang kerajaan pada hari ini, tidakkah anda juga menyalahkan diri sendiri kerana menstabilkan dan mempertahankan ekonomi kita dari kesan Kemelesetan Ekonomi Besar – terburuk berbanding dengan tahun 1930an?

Fahami Mengapa Nisbah Hutang-KDNK Melonjak Dari 39% Kepada 51% Apabila Najib Jadi PM

20. Apabila anda melesapkan RM30 bilion simpanan wang asing (forex) dalam tahun 1991, ianya adalah sebanyak 22.2% dari KDNK kita iaitu sebanyak RM135 bilion.

Pada hari ini, baki hutang 1MDB hanyalah RM27 bilion – iaitu hanya 2.2% dari jumlah KDNK sebanyak RM1,230 bilion (RM1.23 trilion) pada tahun 2016.

Jika kita tidak juga bankrap semasa Skandal Forex tersebut, bagaimana kita akan jatuh bankrap pada hari ini hanya kerana isu 1MDB?

Kerana Kini Mereka Menyembah Mahathir, Pakatan Jauhkan Diri Dari Skandal Kerugian Forex

21. Adakah anda belajar dari Lim Guan Eng untuk menggunakan mahkamah bagi melengah-lengahkan RCI untuk Skandal Forex BNM – sama seperti yang Lim Guan Eng gunakan pada masa kini dengan menggunakan mahkamah untuk melewat-lewatkan perbicaraan rasuah beliau, dan sehingga hari ini kes masih tidak disebut sejak setahun yang lepas.

Lebih Luas Dari Forest City: Masih Menunggu Bila Mahathir Akan Serang Lim Guan Eng

22. Anda ada menyebut memiliki 40 hingga 50 ekor kuda. Berapakah yang anda perlu belanjakan untuk memelihara dan memberi makan kuda-kuda tersebut setiap bulan?

Baru-baru ini anda telah menamatkan khidmat tukang masak dan pembantu rumah dengan berkata kerajaan telah memberhentikan bayaran gaji mereka. Adakah jumlah yang anda perlu belanjakan bagi memelihara 40 ke 50 ekor kuda itu kurang dari pendapatan tukang masak dan pembantu rumah tersebut? Atau kuda-kuda anda tersebut lebih penting dari tukang masak dan pembantu rumah yang setia dengan anda sebelum ini?

Sebulan Mahathir Bagi Makan Kuda, 3 Tahun Boleh Makan Quinoa

23. Anda mengkritik GST sebagai cukai tambahan yang membebankan rakyat. Tetapi anda memuji dua bentuk cukai yang lain – cukai jualan dan cukai perkhidmatan – yang telah dihapuskan sementara dua bentuk cukai yang lain iaitu cukai korporat dan peribadi telah dikurangkan bagi meringankan beban rakyat.

Atau adakah GST ini merupakan pembaharuan sistem percukaian dan bukannya bentuk cukai yang baru?

Mengapa Sistem GST 0% Pakatan Tidak Masuk Akal & Ada Sebab Tersembunyi

24. Sejak Malaysia memperkenalkan GST dan merasionalisasikan bantuan subsidi, negara lain seperti UAE, Mesir, Oman, Bahrain, Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan India juga telah melakukan perkara yang sama. Negara-negara ini berkata tindakan ini merupakan ke arah suatu modernisasi dan transformasi bagi mengukuhkan ekonomi dan menjadikan mereka lebih kompetitif.

Oleh kerana anda dan juga Pakatan mahu mengembalikan kepada kaedah percukaian yang lama, adakah Pakatan berniat untuk menjadikan Malaysia ini kembali mundur dan tidak kompetitif?

Pakatan Kini Kata Tidak Akan Mansuhkan GST Jika Menang PRU14

25. Penarafan yang diberikan oleh agensi antarabangsa memuji Malaysia kerana berjaya melaksanakan pembaharuan cukai termasuk GST dan rasionalisasi bantuan subsidi yang dikatakan oleh mereka sebagai modernisasi ekonomi. Jika anda mengubah maka agensi penarafan akan menurunkan kadar penarafan mereka yang bermakna kadar faedah akan dinaikkan ke atas setiap pinjaman oleh kita ini sebanyak 2% – ini bermakna tambahan sebanyak RM13 bilion dari jumlah hutang kerajaan pada hari ini.

Adakah anda cuba menurunkan penarafan yang telah diberikan kepada Malaysia dan menyebabkan tambahan tekanan ke atas Malaysia.

Dua Pelaburan Baru, Petunjuk Keyakinan Negara Tidak Akan Bankrap & Gagal

26. Anda telah dikritik oleh rakan-rakan anda sendiri di dalam Pakatan bertahun-tahun sebelum ini kerana tindakan anda di dalam perjanjian dengan IPP yang berat sebelah menyebabkan kerajaan kehilangan RM30 bilion setahun dan kerugian kepada TNB. Tidakkah anda mengakui 1MDB dan kerajaan pada hari ini telah berjaya menghapuskan perjanjian berat sebelah tersebut dan menyelamatkan kita kira-kira RM200 bilion untuk 20 tahun akan datang?

Rafizi, Edra Hapus Perjanjian Berat Sebelah IPP Zaman Mahathir, Kenapa Perlu Sabotaj?

27. Jika anda Nothing2Hide maka mengapa pula pihak guaman anda membuat pelbagai cubaan untuk menghentikan atau menyekat RCI mengenai Skandal Forex BNM?

Saman RCI Forex, Najib & Kerajaan: Apa Yang Mahathir Cuba Sembunyikan?

28. Apabila harga minyak di pasaran dunia kira-kira US$10 hingga US$12 setong dan nilai Ringgit berbanding US$1 ialah RM2.40, minyak petrol RON 92 diniagakan pada harga RM1.06 satu liter berbanding RON95 masa kini RM2.15 satu liter apabila harga minyak di pasaran dunia US$50 setong dan ringgit pula RM4.28 berbanding dengan US$. Boleh anda menjelaskan bagaimana harganya sekali ganda bukannya 10 kali ganda?

Ini adalah kerana untuk sekian lama anda telah mengenakan cukai petrol sebanyak 58 sen setiap liter semasa anda menjadi Perdana Menteri? Tidakkah ini sungguh kejam?

Sebelum Tahun 2004, Rakyat Malaysia Bayar Cukai 58.62 Sen Untuk Setiap Liter Petrol

29. Anda berkata kerajaan tiada wang kerana kejatuhan pasaran minyak dan gas dunia lebih dari separuh. Bagaimana anda dan juga Pakatan boleh menaikkan harganya kembali pulih di pasaran dunia?

Mahathir Bagai Bapa Ayam Kutuk Pelacuran

30. Dan juga, semasa anda menjadi Perdana Menteri, anda telah menaikkan hutang-KDNK untuk 5 tahun pertama lebih dari sekali ganda dengan 44% pada tahun 1980 kepada 103.4% menjelang tahun 1986.

Kadar hutang-KDNK kita sekarang ini ialah 52.7%. Mengapa Najib tidak menaikkan juga kadar hutang-KDNK sehingga mencecah 103.4% sebagaimana yang telah anda lakukan sebelum ini dan mendapat RM650 bilion untuk dibelanjakan?

Sebaliknya Najib tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan, kerana beliau cukup berhemat di dalam perbelanjaan – tidak seperti anda?

Bagaimana Mahathir 'Menggerakkan' Berbilion Wangnya

31. Anda mendakwa China hendak mengambil alih Malaysia dan mengkritik Najib telah menjual Malaysia kepada China dengan membenarkan pelaburan dan pinjaman dari China. Sedangkan anda sebelum ini juga telah membenarkan pelaburan dan pinjaman besar-besaran dari Jepun untuk projek-projek infrastruktur, tidakkah ini juga bermakna anda telah menjual Malaysia kepada Jepun?

Anda membenarkan Jepun mengambil alih di dalam banyak projek nasional. Proton sebelum ini di bawah Mitsubishi, Perodua di bawah Daihatsu, Modenas di bawah Kawasaki. Begitu juga dengan syarikat besi negara telah dibina oleh Jepun dan mereka mempunyai kepentingan yang cukup besar di dalamnya.

Mengapa anda telah menjual negara ini kepada sebuah negara yang kira-kira empat dekad sebelum itu telah membunuh puluhan ribu rakyat di negara ini dan bermaharajalela ke atas berjuta rakyat kita semasa mereka menjajah Malaysia pada masa tersebut?

KLIA, KLCC, Proton Dibiayai Jepun, Tidak Pula Mahathir Kata Jual Negara

32. Apabila anda berkempen untuk menyingkirkan Pak Lah, anda telah menuduh beliau dan keluarganya dengan pelbagai macam rasuah. Pada hari Pak Lah meletakkan jawatannya, anda dengan tiba-tiba mendiamkan diri. Pak Lah dan ahli keluarganya tidak pula dituduh, ditangkap atau dipenjara atas tuduhan rasuah.

Mengapa anda berhenti dari meneruskan tuduhan tersebut? Ini adalah kerana anda telah membuat fitnah dan tuduhan palsu ke atas Pak Lah bertahun-tahun lamannya atau sememangnya anda mempunyai motif untuk menyingkirkan Pak Lah?

Bagaimana Pak Lah Selamatkan Demokrasi Pada 2008

33. Muhyiddin telah mendedahkan di dalam rakaman audio yang bocor semasa mesyuarat majlis tertinggi UMNO pada bulan September 2015 bahawa terdapat konspirasi untuk menggulingkan Najib dan beliau tiada masalah dengan Dana Khas Presiden sejak dahulu lagi yang merujuk kepada isu RM2.6 bilion tersebut.

Adakah Muhyiddin berbohong atau anda juga pernah memegang Dana Khas Presiden semasa menjadi Presiden UMNO? Berapa jumlah di dalam dana ini dan adakah anda membayar cukai pendapatan dari dana ini?

Muhyiddin Pernah Akui Ada Komplot Jatuhkan Najib

Oleh Lim Sian See