hannah yeoh azmin SPLASH Bukan Milik Kerajaan Persekutuan, Tapi Dikuasai Oleh Pro-Pakatan Harapan

SPLASH Bukan Milik Kerajaan Persekutuan, Tapi Dikuasai Oleh Pro-Pakatan Harapan

Elok Azmin Ali dan Hannah Yeoh pergi sekolah dulu sebelum menyalahkan Kerajaan Persekutuan dalam isu SPLASH.

Pemegang saham Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) ialah Gamuda Bhd (40%), Kumpulan Perangsang Selangor (30%) dan Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah (30%).

Jika ada sebarang masalah dengan SPLASH pun ia tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Pusat seperti dakwaan Hannah Yeoh.

Sebaliknya jelas Selangor ada 30% saham dalam SPLASH. 30% ini satu jumlah yang cukup besar untuk masuk campur dalam pengurusan syarikat. Kecualilah Kumpulan Perangsang pun sudah dijual PKR.

Wang Rakyat Selangor Terus Dibazir, Bina Parkir Perpustakaan RM43 Juta - Chegubard

Manakala Tan Sri Wan Azmi dikatakan “close associate” kepada Tun Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim sejak tahun 80an.

Gamuda pula masih dikuasai oleh Lin Yun Ling. Walaupun KWSP mempunyai saham 10%, namun Yun Ling yang hanya mempunyai 3% saham Gamuda masih menguasai syarikat ini.

Lebih 53% saham syarikat Gamuda dimiliki oleh pemegang-pemegang amanah. Mereka ini memberi kepercayaan kepada Yun Ling menguasai syarikat. Malah tidak mustahil sebahagian besar saham Gamuda masih dalam pegangan Yun Ling melalui pihak ketiga.

Masih Tiada Air! Azmin Ke Hannah Ke, Aku Dah Tak Peduli - Pengundi Cina Subang Jaya

Jadi bahagian mana Hannah Yeoh hendak menyalahkan Kerajaan Persekutuan dalam hal SPLASH?

60% saham SPLASH dikawal secara langsung dan tidak langsung oleh PKR Selangor.

Manakala Yun Lin juga diketahui terbabit dengan Pelan Utama Pengangkutan DAP Pulau Pinang yang bernilai lebih RM40 bilion.

Apa punya YB ini cakap macam pekerja kelab malam saja.

Oleh Ab Jalil Backer