Ya Ke? Mana Ada Masalah Air Di Shah Alam - Khalid Samad

Ya Ke? Mana Ada Masalah Air Di Shah Alam – Khalid Samad

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad tidak tahu menahu masalah ketiadaan air seperti mana yang didakwa berlaku di kawasan parlimennya. (Baca: Krisis Air Di Selangor, Kini Di Shah Alam!)

Krisis Air Di Selangor, Kini Di Shah Alam!

Khalid Samad berkata masalah itu adalah disebabkan penyelenggaraan ke atas loji, lantas Ahli Parlimen BN-Setiu, Che Mohamad Zulkifly mendesak dan menyoal bilakah masalah itu akan selesai.

Khalid Samad menjawab ia akan selesai selepas loji berkenaan siap diselenggara.

“Kesian kawan-kawan saya di Shah Alam mengeluh tidak ada air, kena tadah air lima, enam tong,” kata Che Mohamad Zulkifly.

Bagaikan tidak terkesan dengan krisis bekalan air yang sedang berlaku, Khalid Samad berkata: “Ya ke? Saya balik Shah Alam tidak ada apa pun, semua ok sahaja, siap mandi tidak ada masalah.”

Sumber: AIDC