Adakah Saya Harus Tidak Melawan Mahathir Kerana Keluarga Saya Terhutang Budi Kepadanya?

Adakah Saya Harus Tidak Melawan Mahathir Kerana Keluarga Saya Terhutang Budi Kepadanya?

Persahabatan keluarga saya dengan keluarga Tun Mahathir wujud sekian lama.

Saya masih ingat semasa kami tinggal di Ipoh, parents saya balik dari Alor Setar menceritakan bagaimana anak-anak Tun mencium pipi ibubapa mereka dan mengucapkan “good night” setiap malam. We did the same, well, at least said good night before we went to bed.

Saya tidak fikir keluarga saya adalah sahabat karib keluarga Tun, jauh sekali tetapi pada suatu masa saya berani mengatakan persahabatan saya dengan Mirzan, Marina dan Mukhriz boleh dikatakan baik.

mahathir "Anak-Anak Saya Sangat Kaya Kerana Kerja Keras, Semasa Saya Jadi PM Mereka Tak Kaya Pun"

Arwah ayah saya (dan juga seorang bapa saudara saya) ada menceritakan bagaimana arwah menaiki keretapi di Tanjung Malim untuk menarik Dr Mahathir turun dan membawanya ke Ipoh kerana arwah mendapat berita bahawa jika Dr Mahathir sampai ke Kuala Lumpur, polis sedang menunggu untuk menahannya atas arahan Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri ketika itu.

Arwah dan Almarhum Tunku Abdullah (adinda kepada Almarhum Tuanku Jaafar Negri Sembilan) menjual saham mereka di dalam Merpati Air (sebuah syarikat penerbangan domestik Indonesia) dan mendermakan hasil jualan tersebut kepada Dr Mahathir untuk meneruskan perjuangan politik beliau.

Saya juga masih ingat arwah ayah saya balik dari pejabat Dr Mahathir. Arwah dipanggil oleh Dr Mahathir beberapa bulan setelah Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

488 Syarikat Milik Mahathir & Anak-anak, Masih Tak Cukupkah?

Sesungguhnya, kami sekeluarga banyak terhutang budi kepada Dr Mahathir dan kami tidak mungkin dapat merasai kehidupan yang kami kecapi tanpa pertolongan Dr Mahathir – apartment dua tingkat di London, percutian di Eropah, berderet kereta BMW di Kuala Lumpur dan lain-lain.

Malah, saya pernah menulis surat kepada Dr Mahathir untuk mengucapkan terima kasih kepadanya. Surat itu saya kirimkan melalui Marina Mahathir.

Pada tahun 1987, arwah menjalani heart by-pass operation di Singapura. Pada malam sebelum prosedur tersebut, arwah panggil saya dan memberitahu saya satu nombor akaun di atas namanya di sebuah bank di London. Jumlah wang di dalam akaun tersebut adalah £65 juta.

Arwah pesan kepada saya bahawa duit tersebut bukanlah miliknya tetapi milik Dr Mahathir.

Maka, saya hairan dan kecil hati kerana Tun Mahathir membidas DS Najib seteruk-teruknya kerana akaun RM2.6 bilion itu.

Sejarah Sumbangan Arab Saudi Kepada Malaysia Selain Derma RM2.6 Bilion

Walau bagaimana pun, alhamdulillah, operation itu berjalan lancar dan arwah meneruskan kehidupannya seperi biasa sehingga arwah mendapat stroke dalam tahun 1990an.

Arwah Yeop (itulah nama panggilan kami anak-anaknya) juga ada memberitahu saya dalam dekad 1990an bahawa duit yang di London itu telah dikembalikan kepada Dr Mahathir melalui Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat, Setiausaha UMNO. Sama ada wang tersebut digunakan untuk tujuan politik atau peribadi, arwah tidak tahu dan tidak ambil tanya.

Tetapi itu semua adalah cerita lama.

Pakar Ekonomi Pertahan Dasar Ekonomi Najib

Saya mulai menyokong pentadbiran DS Najib sejurus sebelum PRU13, masa itu baru berjinak-jinak dengan Facebook.

Sokongan saya berteraskan dua perkara utama:-

1. Untuk membanteras peluang parti DAP berjawatan di dalam Kerajaan Pusat;

2. Keyakinan saya atas dasar-dasar kewangan dan ekonomi DS Najib.

Adakah saya harus tidak melawan Tun Dr Mahathir kerana keluarga saya terhutang budi kepadanya?

Secara peribadi, jawapannya adalah YES.

Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi di bawa mati.

najib Di Sebalik Dugaan

Walaupun begitu, sokongan saya ke atas keputusan-keputusan dan dasar-dasar DS Najib, ianya diberi bukan atas sebab-sebab peribadi, samada keputusan-keputusan dan dasar-dasar tersebut membawa impak kepada kehidupan saya.

Sokongan saya adalah atas impak kepada negara, secara jangka panjang dan untuk kelestarian kesejahteraan rakyat dan masa depan generasi hadapan.

Oleh Saiful Bahari Baharom