Apa Yang Kita Boleh Pelajari Dari Fitnah Prebet Adam?

Apa Yang Kita Boleh Pelajari Dari Fitnah Prebet Adam?

Selepas lebih 30 tahun akhirnya ahli keluarga Prebet Adam yang dikaitkan dengan insiden membabitkan keluarga diraja Johor membuat pengakuan hari ini. Kata adik bekas anggota tentera itu, Hawa Jaafar, adik mereka bukannya meninggal dunia akibat dibunuh Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail.

“Adam mengamuk di Jalan Chow Kit pada 1987 kerana masalah di tempat kerja, bukannya kerana adik kami dibunuh Almarhum Sultan.”

Keluarga Prebet Adam Mohon Maaf Kepada Kerabat Diraja Johor

Mukaddimah ucapan oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik (Tun) Ghafar Baba di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir pada 10/12/1992 di Dewan Rakyat, membentangkan usul untuk menarik kekebalan Duli-Duli YMM Raja-Raja-Melayu wajar dikenang kembali.

Peristiwa Prebet Adam yang mengamuk di Chow Kit juga dikaitkan dengan Kesultanan Johor dan digunakan di dalam ucapan tersebut yang sekarang telah dibuktikan tidak benar sama sekali. Encik Ghafar Baba menegaskan di Parlimen,

“Dan bahawa Dewan ini memutuskan kejadian tersebut adalah satu penyalahgunaan kuasa yang bercanggah dengan semangat Perlembagaan Malaysia dan bertentangan dengan cita-cita serta hasrat undang-undang negara yang berteraskan kepada sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Dan Dewan ini mengambil ketetapan bahawa segala tindakan yang perlu hendaklah diambil bagi menentukan insiden seumpama ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.”

Henti Fitnah Adik Mati Dipukul Sultan - Kakak Prebet Adam

Dari buku karangan Syahril A Kadir bertajuk Konfesi Prebet Adam:

“Beliau yang bercerita kepada saya yang beliau berjumpa dengan Prebet Adam dan Prebet Adam menceritakan bagaimana dia dipaksa sepanjang 10 hari di dalam bilik sel gelap oleh anggota Polis untuk mengaku yang Sultan Johor membunuh adiknya. Inilah yang sanggup dilakukan oleh pimpinan tertinggi kerajaan ketika itu demi mendapatkan kuasa sepenuhnya dalam negara.”

Begitulah Perdana Menteri ketika itu sanggup melakukan ini semua untuk mendapatkan kuasa penuh di dalam menguasai Malaysia. Kini pembangkang di bawah Pakatan Harapan sanggup menjilat kembali ini semua untuk mempergunakan orang yang sama demi undi Melayu.

Sumber: Cucu Tok Selampit