Dokumen Tak Lengkap Punca PPBM Dibubarkan, Tapi Syed Saddiq Meroyan Salahkan Najib

Dokumen Tak Lengkap Punca PPBM Dibubarkan, Tapi Syed Saddiq Meroyan Salahkan Najib

Pemimpin muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini meluahkan kekecewaan terhadap keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang mengarahkan parti itu dibubarkan sementara, di saat-saat Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sedang hangat diperkatakan.

Ketua Pengarahnya, Surayati Ibrahim dalam satu surat yang dikeluarkan memaklumkan pembubaran sementara ekoran kegagalan parti, yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad itu untuk membekalkan dokumen dalam tempoh yang diberikan.

Namun apa yang menyedihkan, Ketua Armada parti itu yang dilihat tidak boleh menerima hakikat bahawa punca pembubaran sementara PPBM adalah disebabkan penubuhannya tidak menepati undang-undang pendaftaran pertubuhan bertindak “meroyan” dengan menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Perjuangan yang belum selesai! @NajibRazak boleh mengharamkan parti kami di minit yang terakhir sebelum Parlimen dibubarkan, tetapi itu tidak akan menghalang “Gelombang Rakyat”.

“Parti kita hanya kenderaan bagi kegunaan rakyat. Haramkan satu, kita bangkit dengan lagi satu,” katanya.

Berbanding memahami punca sebenar parti itu diarahkan dibubar, beliau dengan penuh ‘bersemangat’ dalam rakaman video mendakwa, ia adalah taktik kotor kerajaan untuk mengalahkan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya akan datang.

“Lagi kita ditekan, lagi kita lawan… pastikan rakan-rakan sekalian, kita mesti bergerak ke hadapan membawa mesej harapan, harapan untuk Malaysia yang lebih baik, harapan untuk Malaysia yang berjaya, harapan untuk negara yang lebih bersih dan telus demi rakyat…,” ujarnya.

Pada 9 Mac lalu, Surayati berkata satu notis berkuat kuasa 28 Februari lalu diserahkan kepada Setiausaha Agung PPBM, Datuk Shahruddin Md Salleh, yang mana ia mengkehendaki PPBM menjawab serta menyerahkan semua maklumat dan dokumen, seperti minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti, kepada JPPM dalam tempoh 30 hari.

Bagaimanapun, tindakan Syed Saddiq yang membuta-tuli menyalahkan kerajaan susulan pembubaran sementara PPBM menjerut leher sendiri apabila beliau dikecam pengguna media sosial.

“Najib juga salah, “Armada” dah jelas tak ada tertulis dalam Perlembagaan parti pun kamu langgar je, cermin diri lah, sebelum nak salahkan orang lain,” tulis seorang pengguna Twitter.

‏ “Lagi nak salahkan Najib? Bodoh punya Ketua Pemuda. Bila dah salah sendiri jangan tuding jaring kat orang lain. Sendiri dah bangang tu bangang la!,” selar pengguna Twitter @yusof_haq.

“Saudara… cawangan PPBM pun tak ada.. RoS sudah mengikut prosedur dengan menunggu laporan dan minit mesyuarat tapi tidak kunjung tiba juga semua maklumat itu. Hentikan lah tangisan saudara ini,” tambah Syahiran Annuar.

Syed Saddiq sepatutnya lebih peka dengan masalah yang berlaku dalam PPBM, bukannya membuat tuduhan palsu dengan menyalahkan kerajaan sebagai punca PPBM dibubarkan sementara.

Sumber: Malaysian Digest