muhyiddin Dulu GST Paling Baik, Sekarang GST Zalim

Dulu GST Paling Baik, Sekarang GST Zalim

Lumrah mana-mana bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) menyertai pembangkang akan membuat pusingan-U terhadap dasar yang suatu masa dahulu didokongi ketika berada didalam kerajaan.

Tidak terkecuali, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin kini telah mengkritik pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai zalim sedangkan beliau menyokong sepenuhnya dasar berkenaan semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri sebelum ini.

Anda boleh lihat buktinya menerusi video dibawah:

160 negara daripada 180 negara seluruh dunia sudahpun melaksanakan GST yang lebih berkesan mengelakkan daripada berlakunya ketirisan, bekas Editor Eksekutif Malay Mail Datuk Ahirudin Attan menyifatkan dakwaan oleh Muhyiddin dan rakan-rakan Pakatan Harapannya sebagai ‘pelawak’.

“Terdapat banyak cakap-cakap dalam kalangan pelawak ini bahawa mereka dan ramai lagi rakyat Malaysia yang hebat berpindah keluar kerana GST.

“Tetapi sudah tiga tahun (sejak GST dilaksanakan), tiada seorang pun yang saya anda dan saya kenal meninggalkan negara, ada ke? Pastinya tiada seorang pun dari pelawak ini melakukannya!” tegas Ahiruddin dipetik blognya.

Pakatan Kini Kata Tidak Akan Mansuhkan GST Jika Menang PRU14

Ujarnya, janji Pakatan Harapan untuk menghapuskan GST ini tidak lebih daripada usaha untuk mendapatkan undi simpati rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sepertimana dakwaan Muhyiddin pada klip pertama video di atas, beliau mengakui bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan sebelum GST adalah pelbagai, antara 10%, 15% dan 20%, berbanding nilai tetap GST 6%.

Ahiruddin atau lebih dikenali dengan panggilan Rocky Bru menegaskan bahawa “Mereka yang menentang cukai barangan dan perkhidmatan berkemungkinan mereka yang hidup mewah kerana ketirisan regim cukai lama.”

Tambahnya, dalam tempoh tiga tahun selepas Malaysia melaksanakan GST, negara asing seperti Arab Saudi, China, India dan Seychelles merupakan antara negara-negara yang turut melaksanakan GST.

“Jadi jika pelawak-pelawak ini benar-benar mahu berpindah selepas Pakatan Harapan kalah pilihan raya, cuma terdapat sebilangan negara untuk mereka berpindah,” kata Ahirudin merujuk kepada negara yang belum melaksanakan GST.

“Korea Utara salah satu daripadanya.”

Sumber: Malaysian Digest