GST Tak Salah, Peniaga Ambil Kesempatan Punca Harga Barang Naik - Shafie Apdal

GST Tak Salah, Peniaga Ambil Kesempatan Punca Harga Barang Naik – Shafie Apdal

Inilah pandangan Shafie Apdal Tentang GST sewaktu menjadi Menteri dan apabila bersama pembangkang:

Dipetik dari laporan berita bertarikh 29 April 2015:

Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata peningkatan harga barang berlaku kerana ada sesetengah peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga sebelum pelaksanaan GST pada kadar 6% mulai 1 April lalu.

Beliau mengakui memang berlaku kenaikan harga barangan sehingga membebankan penduduk luar bandar, namun ia bukan berpunca daripada pelaksanaan GST, lapor Sinar Harian pada Selasa.

“Kita akui ada harga barang naik, tetapi kita kena lihat fakta yang jelas.

“Ia bukan disebabkan GST, tetapi atas sebab peniaga ambil kesempatan menaikkan harga barang lebih awal, sebelum sistem cukai baharu itu dilaksanakan.

“GST bantu tingkat hasil negara dan hasil kutipan itu akan dikembalikan kepada rakyat,” katanya.

Shafie menjelaskan, kerajaan tidak akan melaksanakan cukai yang akan mengurangkan hasil negara kerana tindakan itu tidak bijak dan merugikan.

Berdasarkan semua permasalahan yang dicetuskan peniaga itu, Kabinet hari ini mengarahkan Jabatan Peguam Negara supaya segera mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menipu rakyat berikutan pelaksanaan GST.

Kerana Imuniti Parlimen, Shafie Apdal Berani Berbohong

Berhentilah perbodohkan rakyat dan berdolak-dalik serta membuat pusingan-U.