Janji Hapuskan Tol Jambatan Pulau Pinang, Lim Guan Eng Berhentilah Putar Belit

Janji Hapuskan Tol Jambatan Pulau Pinang, Lim Guan Eng Berhentilah Putar Belit

Pengarah Strategik UMNO Kepala Batas Azizi Safar membidas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kononnya akan menghapuskan tol untuk semua kelas kenderaan di Jambatan Pulau Pinang sekiranya Pakatan Harapan menang di Putrajaya.

Jelas beliau, Lim Guan Eng patut sedar kedudukannya sebelum mengeluarkan kenyataan itu kerana di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kelak hanya akan ada calon-calon dari PKR.

“Siapa Lim Guan Eng dalam Pakatan Harapan? Apa itu Pakatan Harapan? Berdaftarkah parti itu? Bertandingkah Pakatan Harapan dalam PRU14 ini? Yang akan ada bertanding dalam PRU-14 nanti hanya calon-calon PKR. DAP pun tidak letak calon mereka di Semenanjung.

“Seperkara lagi, calon Perdana Menteri dari parti PKR adalah orang yang sangat suka kutip tol kerana dia pernah mengeluarkan kenyataan tanpa tol bagaimana syarikat konsesi mahu buat penyelenggaraan jalan dan jambatan.

Mahathir Pertahan Kadar Tol, Termurah Di Dunia

“Maka setujukah dia nanti dengan cadangan Lim Guan Eng untuk mansuhkan tol di Jambatan Pulau Pinang? Untuk pengetahuan, memansuhkan tol akan melibatkan implikasi kewangan kepada Kerajaan,” ujar beliau.

Tambah Azizi, jika tol dimansuhkan untuk semua kelas kenderaan di Jambatan Pulau Pinang maka sudah pasti ia akan menjadi laluan pilihan rakyat berbanding Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang bertol yang akhirnya akan mengakibatkan kesesakan yang amat teruk.

Oleh yang demikian, tiada lagi keperluan untuk meneruskan pembinaan terowong dasar laut yang kononnya dibina sebagai penyelesaian masalah kesesakan lalu lintas di atas bahagian pulau Negeri Pulau Pinang.

Kerajaan DAP Pulau Pinang Perlu Jelaskan Lebihan Bayaran Yuran Rundingan RM136.4 Juta

“Ini kerana pengguna akan memilih laluan tanpa tol berbanding terowang dasar laut yang akan dikenakan tol. Lim Guan Eng juga sebenarnya perlu berani sebut dia tidak akan kenakan tol untuk laluan di terowong bawah dasar laut yang dia akan bina mulai tahun 2023 nanti. Lim Guan Eng perlu buat pengumuman konsesi kutip tol terowong bawah dasar laut selama 30 tahun itu juga akan dibatalkan. Itupun kalau dia berani,” bidas beliau.

Sebenarnya tegas Azizi, Lim Guan Eng hanya menipu dan mengelirukan rakyat kerana sehingga kini sudah 10 tahun berlalu, janji untuk menghapuskan tol Sungai Nyior masih tidak tertunai.

DAP Usah Tabur Janji Kosong, Ambil Alih Konsesi Tol Sg Nyior Dulu

Untuk rekod, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan tersebut lantaran membalas janji yang dibuat oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memansuhkan bayaran tol untuk penunggang motosikal di jambatan tersebut sekiranya BN berjaya menguasai negeri itu pada PRU ke-14 ini.