Kenapa Gambar Mahathir 'Diharamkan' Pada Poster Kempen PRU? Ini Jawapannya

Kenapa Gambar Mahathir ‘Diharamkan’ Pada Poster Kempen PRU? Ini Jawapannya

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) awal minggu ini mengeluarkan kenyataan melarang gambar calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad diletakkan pada poster Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Pakatan Harapan di dalam responnya berkata, ianya disebabkan oleh kegerunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap lawannya sehingga sanggup mengharamkan penggunaan gambar Dr Mahathir bagi mempromosikan Pakatan Harapan.

“Kita rasakan sesuatu yang tidak patut dilarangkan oleh SPR. Kita nak berkempen, kita nak memaparkan pemimpin kita, itu adalah hak parti masing-masing. Mengapa SPR nak mengarah? Itu bukan urusan SPR,” kata Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke.

Jawapan yang diberikan oleh Anthony Loke sekadar andaian dan dakwaan liar semata-mata tanpa melihat dari sudut pandang undang-undang, khususnya Tata Etika Pilihanraya ditetapkan SPR.

Akhirnya Biro Politik PKR Setuju Mahathir Sebagai PM

Perkara 7 Tata Etika Pilihan Raya menetapkan:

7.6 Pemasangan bahan kempen tertakluk kepada peraturan berikut:-

(a) Hanya gambar calon yang bertanding di dalam Bahagian Pilihan Raya berkenaan dan pemimpin utama parti politik yang bertanding, simbol dan manifesto parti atau calon dibenarkan dalam poster atau kain rentang.

(b) Tidak boleh memasang poster gambar mana-mana pemimpin parti politik yang tidak bertanding di Bahagian Pilihan Raya berkenaan kecuali gambar pemimpin utama parti politik yang digandingkan (berpasangan) dengan gambar calon dalam poster yang sama.

Siapa Sebenarnya Labelkan Mahathir Diktator, Mahazalim & Mahafiraun?

Bagi penganalisis politik Dr Norvandri Hassan Basri, pembangkang amat bodoh mendakwa, “ianya adalah hak mereka” dan “SPR tidak boleh mengarahkan kerana bukan tugas SPR” sedangkan ianya termaktub di dalam undang-undang.

Ujarnya, PPBM tidak melepasi syarat-syarat pendaftaran ditetapkan oleh Jabatan Pertubuhan (ROS), menyebabkan parti berkenaan tidak layak bertanding PRU14.

Justeru, sebarang bahan kempen bagi mempromosikan calon PPBM bermaksud melanggar peraturan yang sudah lama ditetapkan sejak sekian lama.

Beliau yang juga Ahli Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) optimis pembangkang tetap akan melanggar peraturan tersebut, “terutamanya di kawasan-kawasan majoriti Melayu seperti di FELDA.”

“Dan bila diturunkan, pembangkang akan menuduh kerajaan BN tidak adil dan berat sebelah. Perkara ini yang akan ‘dijual’ oleh penceramah-penceramah pembangkang di kawasan tersebut,” ujarnya.

Hal ini berdasarkan kenyataan oleh Dr Mahathir sendiri yang menyebut, “Kalau nak buang, semua buang, kalau benar BN pasang mesti benar HARAPAN dan parti lain.”

lim guan eng lim kit siang Mahathir Masih Alat DAP Kuasai Undi Melayu, Walaupun Bermasalah - Prof Hoo Ke Ping

Dr Norvandri kemudiannya menggesa agar Dr Mahathir membuka mata untuk melihat kekejaman sebenar dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang menggunakan agensi kerajaan negeri menurunkan bendera-bendera Barisan Nasional.

‘Kekejaman’ DAP Pulau Pinang dikatakan Dr Norvandri merujuk kepada tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang menurunkan beratus-ratus bendera BN pada 7 Februari 2013 bagi menyambut kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada ketika itu masih bergelar Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi BN.

Sumber: Malaysian Digest