Maafkan Saya Kerana Tinggalkan PPBM Sebelum Berjaya Selamatkan Mahathir Dari Terus Diperkudakan DAP

Maafkan Saya Kerana Tinggalkan PPBM Sebelum Berjaya Selamatkan Mahathir Dari Terus Diperkudakan DAP

Pertama kali saya bertemu dengan pemimpin-pemimpin DAP adalah sekitar awal Februari 2016.

Saya telah diberitahu terlebih awal bahawa kami akan bersama pembangkang dan BERSIH dalam satu gerakan rakyat untuk menjatuhkan Najib Razak.

mahathir mukhriz muhyiddin Pernah Dianggap 'Wira', Tidak Bermakna 'Wira' Selamanya

Saya menanyakan “jika gerakan rakyat, kenapa libatkan diri dengan pembangkang dan BERSIH?”

Mereka beritahu saya bahawa Mahathir akan menggunakan pengaruh pembangkang dan Bersih untuk menarik sokongan rakyat.

Saya kurang senang…tetapi saya juga menaruh kepercayaan tinggi bahawa Mahathir akan berhati-hati bermain api.

Saya tidak bercakap walau sepatah, hanya mendengar apa yang sedang diperbincangkan.

Saya memerhati wajah Mahathir di sebelah Lim Kit Siang. Ianya terlalu asing dan janggal bagi saya. Namun, Mahathir kelihatan dominan pada ketika itu tatkala berjaya menolak desakan DAP untuk menyertai kempen Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11. Mahathir memberi alasan beliau perlu menjaga sentimen Melayu.

Saya lihat Mahathir berdiplomasi tinggi ketika mendenar semua pemimpin DAP bersuara. Mereka menghormati beliau. Semua mengalu-alukan kerjasama tersebut. Mahathir tidak pernah memohon maaf pada ketika itu, sebaliknya, hanya mengakui bahawa Melayu mungkin sukar menerima gerakan ini kerana beliau lah yang mendoktrinkan bahawa DAP musuh orang Melayu.

Deklarasi Rakyat dilancarkan pada 4 Mac 2016 dengan menekan kepada menjatuhkan Najib Razak dan reformasi institusi pentadbiran negara.

Perlu saya tekankan bahawa Wan Azizah dan Nurul Izah tidak pernah hadir dalam gerakan Deklarasi Rakyat. Mereka hanya mewakilkan Rafizi Ramli kerana dendam pada Mahathir itu terlalu parah.

Pada 10 Mac 2016, perjumpaan pertama bagi pemimpin-pemimpin yang digelar “50 prominence Malaysians” ini berlangsung di Palace of Golden Horses.

Keyakinan saya kepada kemampuan Mahathir untuk mengawal DAP terhakis ketika itu apabila fokus Deklarasi Rakyat semakin menyerong dari hendak menjatuhkan Najib Razak dan menuntut reformasi institusi kepada usaha untuk membebaskan Anwar Ibrahim.

Mahathir semakin hilang kawalan. Semuanya semakin rojak. Reformasi institusi mula ditafsirkan sebagai institusi polis, Peguam Negara dan lain-lainnya yang menyentuh perundangan untuk pembebasan Anwar.

anwar Mahathir, Keputusan 8 Hakim & 2 Mahkamah Tertinggi Semuanya Salah?

Deklarasi Rakyat walaubagaimana pun berjaya menarik sokongan 1.2 juta rakyat yang kebanyakkannya datang dari penyokong parti pembangkang dan orang Melayu yang masih melihat keikhlasan Mahathir.

PPBM diluluskan pada 8 September 2016 sebagai parti politik yang akan bekerjasama dengan parti pembangkang.

Di sinilah berlakunya penolakan orang Melayu terhadap Mahathir.

Keikhlasan Mahathir terhadap perjuangan Melayu terhapus apabila PPBM akan bertanding dalam PRU14 dalam blok pembangkang untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional namun saya masih berpegang kepada janji Mahathir bahawa DAP akan berada di bawah cengkamannya.

Mukhriz Mengaku Mahathir & Muhyiddin Rancang Jatuhkan Najib Sejak 2014

Saya bertemu dengan Lim Guan Eng buat pertama kalinya dalam menyuarat jawatankuasa khas pembahagian kerusi pilihanraya di ibu pejabat PKR di Damansara. Mahathir tidak berada di sana, sebaliknya diwakili oleh Muhyiddin. Saya menyelinap masuk dalam mesyuarat tersebut kerana saya bukan sebahagian dari jawatankuasa perundingan.

Muhyiddin meminta saya meninggalkan mesyuarat, tetapi mendapat pelepasan dari pucuk pimpinan parti-parti pembangkang yang lain.

Saya meragui niat Muhyiddin untuk menghalang saya berada di situ, namun akhirnya saya faham, PPBM bukanlah kuasa dominan dalam pakatan pembangkang. Wan Azizah mengetuai perundingan dan PPBM hanya seperti melukut ditepi gantang.

DAP TIDAK MAHU KONGSI WALAU SATU PUN KERUSI MEREKA.

lim guan eng lim kit siang Mahathir Masih Alat DAP Kuasai Undi Melayu, Walaupun Bermasalah - Prof Hoo Ke Ping

DAP tidak akan menyerahkan kerusinya walau satu pun kepada PPBM, maka PPBM perlu memujuk dari PKR dan PAN. Akhirnya PAN terpaksa tunduk kepada DAP dan menyerahkan banyak kerusinya kepada PPBM.

Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz menggugurkan saya sebagai Ketua Srikandi dengan alasan tidak masuk akal kononnya gagal menangani isu peribadi.

Tetapi angin bertiup kencang di dalam PPBM bahawa pucuk pimpinan tidak senang dengan sifat saya yang terlalu lantang menghalang cubaan Mukhriz untuk menempatkan dirinya di Langkawi, mengkritik kepimpinan Muhyiddin yang lembab dan sifat kurang minat saya terhadap kerjasama dengan DAP.

Muhyiddin melahirkan rasa kecewanya kepada saya yang hanya hadir 2 jam sahaja dalam retreat 2 hari bersama DAP di Berjaya Hotel, Langkawi.

Kesilapan Teknikal Hanya Alasan Singkir Saya, Kata Anina

Saya kecewa dengan kegagalan Mahathir menjadi dominan dalam PAKATAN HARAPAN pada ketika itu. Saya tidak menghadirkan diri dalam mesyuarat dan Mahathir memujuk saya beberapa kali. Ketika itu, keyakinan saya terhadap Muhyiddin dan Mukhriz sudah hilang sama sekali. Namun Mahathir meminta saya memandang mukanya dalam bertolak ansur dengan Muhyiddin dan Mukhriz. Sedangkan keyakinan saya kepada Mahathir sendiri juga sudah luntur.

Pelbagai fitnah melanda diri saya dan ianya digerakkan oleh kumpulan di belakang Muhyiddin dan Mukhriz. Saya diberi tekanan bertalu-talu oleh mereka. Mereka membuat fitnah saya meminta RM1.5 juta dari Tun Daim sedangkan hubungan baik saya dengan Tun Daim tidak disedari oleh mereka sendiri. Tun Daim beritahu saya supaya tidak mengendahkan fitnah mereka.

Muhyiddin fikir saya tidak tahu bagaimana dia berusaha keras untuk meyakinkan Tun Daim, namun Tun Daim bukanlah sehari dua mengenali Muhyiddin.

Saya juga difitnah menerima RM7 juta dari UMNO ketika Ramadhan 2017 yakni ketika saya masih di dalam PPBM. Saya digugurkan sebagai MPT secara “di-remove” dari whatsapp group ketika sedang dalam proses menyaman fitnah ke atas saya.

Saya akhirnya keluar PPBM pada 16 September 2017 apabila berpuas hati bahawa Mahathir tidak dapat diselamatkan lagi dari diperkudakan oleh DAP akibat kelemahan pentadbiran PPBM itu sendiri.

Anina Saadudin Keluar PPBM

Saudara dan saudari,

DAP hanya perkudakan Mahathir untuk menjatuhkan Melayu di Malaysia. Bagaimana Mahathir akan dilantik sebagai Perdana Menteri sedangkan beliau tidak memiliki parti. Mahathir bukan Presiden PKR. Mahathir hanya “calon tumpang” dalam PKR yang diketuai oleh Wan Azizah.

Jika sekalipun Mahathir menang kerusi Parlimen Langkawi, beliau hanya akan hadir di Parlimen sebagai Ahli Parlimen biasa.

Takkan lah Mahathir nak di lantik sebagai Menteri Pertanian?

DAP adalah parti yang berkuasa dalam pembangkang.

Dengan Bantuan Mahathir, DAP Yakin Dapat Tawan Putrajaya PRU14

Semalam, dalam majlis pengumuman Nga Kor Ming sebagai calon DAP yang akan menentang Mah Siew Keong, Presiden Gerakan di Parlimen Teluk Intan, Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa Nga akan dilantik sebagai menteri jika menang di Teluk Intan.

Bagaimana Lim Guan Eng boleh sesuka hati membuat pengumuman tentang siapa yang akan menjadi menteri kabinet jika DAP tidak berkuasa penuh di dalam blok pembangkang?

DAP akan tetap paling berkuasa kerana parti tersebut akan memenangi paling banyak kerusi di Parlimen berbanding PKR dan PAN serta calon-calon tumpang dari kumpulan Mahathir.

DAP Adalah 'King Maker' Pakatan Harapan - PAS Selangor

Saya juga percaya, Muhyiddin dan Mukhriz juga tidak akan dilantik ke kabinet DAP. Satu-satunya calon yang akan diangkat oleh DAP adalah Syed Saddiq kerana beliau masih muda untuk dibentuk mengikut acuan DAP.

Perkara ini turut diakui oleh penceramah DAP Huan Kuan Yew atau lebih dikenali sebagai “Superman Hew”. Sebab itu walaupun Tun Mahathir sudah berusia 93 tahun, DAP tetap menjulangnya sebagai calon Perdana Menteri jika menang PRU14.

Anina Saadudin
EMPIRICAL MALAYSIA

#SinsOfMahathir
#DosaDosaMahathir
#EmpiricalMalaysia