Muhyiddin Berdehem 10 Kali Dalih Jawab Isu GST!

Muhyiddin Berdehem 10 Kali Dalih Jawab Isu GST!

Ehem. Tan Sri Muhyiddin Yassin berdehem hampir 10 kali hanya dalam tempoh 3 minit 47 saat semasa beri alasan mengapa beliau mengetuai kempen anti cukai barang dan perkhidmatan (GST) baru-baru ini.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berdehem setiap kali mahu mengemukakan alasan dalam cubaannya menepis kritikan orang ramai terhadap beliau yang menyokong dan memuji pelaksanaan GST sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Muhyiddin di sebalik alasannya itu namun mengakui GST dilaksanakan kerajaan kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dapat menjangkakan negara akan mengalami kekurangan dana pada masa depan jika GST tidak dilaksanakan.

Malah, Muhyiddin turut mengesahkah kenyataan Najib pada Mac lalu bahawa kerajaan Malaysia sebenarnya telah mempertimbangkan pelaksanaan GST sejak 1984, tetapi tiada keberanian politik untuk melaksanakannya sebelum ini.

“Waktu dalam kerajaan dulu pun banyak bincang (GST) dalam kabinet, bukan waktu zaman Najib. Sebelum tu…(berdehem). Tapi ia tidak dilaksanakan disebabkan kajian bahawa rakyat belum bersedia untuk cukai bentuk baru ini..(berdehem).

“Saya masih ingat dalam kabinet dulu pun pernah bincang ramai anggota Kabinet minta ditangguhkan, tetapi akhirnya, mungkin kerana Perdana Menteri…Menteri Kewangan..(berdehem) tahu situasi negara akan datang mungkin tak cukup dana maka diteruskan,” katanya dalam rakaman video tersebut hari ini.

Muhyiddin Pernah Akui GST Kukuhkan Ekonomi Negara

Najib pada 23 Mac lalu menjelaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) sanggup ‘menanggung akibat’ daripada pelaksanaan GST kerana ia langkah yang betul dan akan memberi kebaikan kepada rakyat dan negara dalam jangka masa panjang.

Antara sebab GST dilaksanakan bagi memastikan kewangan negara terus stabil sekiranya Malaysia berhadapan dengan kejatuhan harga minyak dunia seperti yang terbukti sebelum ini.

Muhyiddin sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri mempertahankan GST, malah menggesa rakyat tidak terpedaya dengan tohmahan yang dilemparkan pembangkang mengenai sistem percukaian baru tersebut.

Beliau bagaimanapun sejak menyertai pembangkang berikutan hilang jawatan Kabinet membuat pusinga- U mengecam GST, malah mengetuai kempen memburuk-burukkan GST di ibu negara beberapa hari lalu.

GST: Kenapa Muhyiddin Tiada Pegangan?

Muhyiddin seterusnya mendakwa kononnya perkara penting tentang tindakan beliau membantah GST bukan kerana beliau cakap lain tetapi buat lain, sebaliknya kerana beliau kini bersama Pakatan Harapan dan GST menyusahkan rakyat.

“Sebab itu saya setuju dengan tindakan Pakatan Harapan… (berdehem) dengan menyatakan kalau kita dipilih membentuk kerajaan, GST akan dihapuskan.

“Bagi saya tak jadi masalah. Bukan sikap berdolak dalih tapi hakikat yang harus kita terima. Saya seorang yang agak bertanggungjawab dan peka tentang apa yang berlaku, saya kira itu adalah adil.. (berdehem).”

Sumber: Mynewshub