Muhyiddin Dikecam Hebat Netizen Kerana Mahu Hapuskan GST

Muhyiddin Dikecam Hebat Netizen Kerana Mahu Hapuskan GST

Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dikecam hebat di Facebook selepas satu laman sindiran politik menyoroti pandangannya yang tidak konsisten mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Laman itu berbuat demikian dengan menerbitkan rakaman Muyhiddin yang mengutuk cukai penggunaan itu semasa protes anti-GST semalam, diikuti dengan satu lagi video mengenai beliau yang membidas para pengkritik GST ketika masih bersama Barisan Nasional (BN).

“Wajib tonton! Tan Sri Muhyidin Yassin ketuai demo hapus GST di sogo siang tadi! Terbaiklah Tan Sri!” adalah kapsyen sarkastik video Facebook yang ditulis oleh admin Tentera Troll Kebangsaan Malaysia.

Pada separuh pertama video itu, Muhyiddin, yang selama 45 tahun bersama BN berakhir pada 2016, menegaskan bahawa rakyat amat dibebani oleh GST, itulah sebabnya Pakatan Harapan akan menghapuskannya jika ia membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang.

“Mereka (pembangkang) mengatakan bahawa ia (GST) akan membebankan rakyat dengan kenaikan harga. Kebenarannya, mereka bukan pakar. Mereka tidak tahu banyak barang yang dikecualikan daripada GST,” kata Muhyiddin pada separuh kedua video itu.

Tidak mengejutkan, hiprokrasi Muhyiddin tidak diterima baik oleh pengikut laman Facebook itu, dengan banyak komentar keras terhadap bekas timbalan perdana menteri tersebut.

“Apabila dia (Muhyiddin) dalam UMNO, GST adalah baik tetapi apabila dia keluar dari UMNO maka tiba-tiba dia mahu ia dimansuhkan. Politik hari ini…,” tulis Adam Lawrence.

“Tuan-tuan dan puan-puan, seperti yang anda dapat lihat, keperluan utama untuk menyertai Pakatan adalah kebodohan, pandai manipulasi dan bakat semulajadi untuk melakukan pusingan-u,” adalah ucapan lucu dari Zackey Zack.

“Dia pasti menyanyikan lagu yang berbeza sekarang kerana dia keluar dari UMNO. Maaf Muhyiddin, awak terlalu penuh dengan bull#$%*. Tiada orang yang waras akan cukup bodoh untuk mempercayai anda,” tulis Ismail Ahmad.

“Manusia lidah bercabang ini tidak boleh dibenarkan memerintah negara. Lihatlah bagaimana Muhyiddin memuji GST sebelum dia digulingkan. Saya bertaruh, apabila mereka membentuk kerajaan dia akan melakukan pusingan-u lain dan mengekalkan GST seperti sedia ada,” ujar Ihsan Ibrahim.

Sumber: The Mole