Muhyiddin Terdesak Raih Sokongan, Buat Pusingan-U Burukkan GST

Muhyiddin Terdesak Raih Sokongan, Buat Pusingan-U Burukkan GST

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pusingan-U mengenai keburukan cukai barang dan perkhidmatan (GST) jelas menunjukkan beliau kian terdesak untuk memperoleh sokongan rakyat terhadap Pakatan Harapan menjelang pilihan raya.

Bekas EXCO Pemuda PPBM, Wahazir Wahabi mendakwa, setelah sekian lama berada di dalam pentadbiran BN dan menjadi timbalan perdana menteri, Muhyiddin tidak pernah sekalipun bercakap mengenai keburukan GST terhadap rakyat, namun kini membuat pusingan-U dan bercakap mengenai keburukan GST serta menghasut rakyat untuk menolak GST.

GST: Kenapa Muhyiddin Tiada Pegangan?

“Kehadiran Muhyiddin yang mengetuai sekumpulan penyokong Pakatan Harapan pada satu himpunan haram menolak GST di kompleks beli-belah Sogo Kuala Lumpur jelas menunjukkan beliau kian terdesak untuk memperoleh kepercayaan rakyat.

“Keikhlasan Muhyiddin juga boleh dipersoal sama ada beliau benar-benar kisah mengenai rakyat atau hanya bersandiwara untuk terus relevan dalam dunia politik. Jika Muhyiddin benar-benar menolak GST seharusnya beliau melakukannya dengan bersuara semasa menjadi pemimpin BN dan bukannya apabila berada dalam Pakatan Harapan yang ditolak rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, sebelum ini, Muhyiddin juga mengakui sekiranya tiada GST, pendapatan negara akan terjejas dan segala bentuk bantuan serta subsidi kepada rakyat juga akan terjejas.

“Apabila rakyat mula menerima GST dan Muhyiddin telah hilang sokongan apabila beliau menyertai pembangkang, kini beliau terpaksa menelan semua kata-katanya dahulu demi kepentingan politik beliau,” katanya.