Padah Muncul 5 Tahun Sekali, Wakil PKR Dihalau Penduduk Kampung

Padah Muncul 5 Tahun Sekali, Wakil PKR Dihalau Penduduk Kampung

Tatkala Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) semakin menghampiri, rakyat disaran supaya memilih calon parti yang tepat, dan bukannya golongan pemimpin yang hanya ‘muncul’ apabila tiba musim pilihan raya.

Pemimpin-pemimpin ini biasanya akan menunjukkan muka mereka di lokasi-lokasi yang mana sebelum ini tidak pernah pun mereka kunjungi, dan menghulurkan bantuan sebagai meraih undi penduduk setempat.

Padahnya, golongan ini mungkin berdepan risiko diperli atau diusir penduduk kampung, dan kejadian tersebut berlaku kepada sekumpulan petugas parti PKR, baharu-baharu ini.

Dalam kejadian di sebuah kampung di Kelebeng, Melaka, sekumpulan petugas PKR dihalau oleh penduduk kampung tersebut dipercayai selepas cuba memasang bendera parti tanpa kebenaran di kawasan rumah penduduk.

Rakaman video berdurasi 57 saat yang dikongsi portal theRakyat memaparkan beberapa kenderaan yang terpacak bendera PKR telah diusir keluar daripada kampung oleh dua wanita, yang kelihatan kecewa selepas wakil parti pembangkang itu hanya muncul selepas lima tahun.

“Jalan-jalan… kampung kitorang jangan masuk. Datang 5 tahun sekali, Ya Allah… Ya jalan-jalan. Bawa calon 5 tahun sekali datang rumah orang, rumah ke rumah.. adoi, buat malu je lah,” kata seorang wanita berbaju merah dalam rakaman tersebut.

Sementara kedengaran suara seorang lagi wanita dipercayai perakam video tersebut mengucapkan ‘terima kasih’ kepada petugas-petugas berkenaan, dan meminta mereka menunggu hari mengundi (9 Mei).

Sumber: Malaysian Digest