mahathir ppbm Parti Pribumi Bersatu Malaysia Dibubarkan

Parti Pribumi Bersatu Malaysia Dibubarkan

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) hari ini mengarahkan pembubaran sementara PPBM, menurut sumber parti yang mengesahkan menerima surat mengenai perkara itu hari ini.

Surat itu dipercayai berkait dengan kegagalan parti itu membekalkan dokumen di dalam tempoh masa yang diberikan sebelum ini.

Ia turut merujuk kepada kuasa Pendaftar di bawah Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966, untuk mengeluarkan perintah “pembubaran sementara” sesebuah pertubuhan sekiranya gagal membekalkan butiran yang diperlukan.

RoS akan mengadakan sidang media hari ini bagi mengumumkan keputusannya secara rasmi.

mahathir muhyiddin mukhriz Hayat Parti Bunga Hanya Seminggu Saja Lagi

Keputusan itu seminggu selepas PPBM menyerahkan maklumat dan dokumen yang dikehendaki RoS pada 29 Mac lalu, sehari sebelum tarikh akhir.

Dokumen itu ada kaitan dengan notis RoS mengikut Seksyen 14(2) Akta Pertubuhan, yang merujuk minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti.

Tiada Mesyuarat Agung, 8 Bahagian PPBM Buat Laporan Kepada ROS

Ia susulan aduan ahli parti itu mengenai perhimpunan agung tahunan (AGM) pertamanya pada akhir Disember lalu.

RoS sebelum itu berkata, kegagalan PPBM mengadakan AGM sebagai salah satu sebab pendaftaran Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai parti itu tidak diluluskan sejak Julai 2017.

Susulan itu, PPBM mengadakan AGM pertama di Shah Alam pada 30 Disember lalu, lebih setahun selepas ia didaftarkan pada September 2016.

DAP Sendiri Cadang PPBM Ditubuhkan Untuk Melayu Sahaja, Kata Pengasas Parti

Pada 9 Mac lalu, Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim berkata, satu notis berkuat kuasa 28 Februari lalu diserahkan kepada Setiausaha Agung PPBM, Datuk Shahruddin Md Salleh.

Notis itu mengkehendaki PPBM menjawab serta menyerahkan semua maklumat dan dokumen, seperti minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti, kepada RoS dalam tempoh 30 hari.

PPBM yang dipengerusikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diasaskan pada 2016, dengan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin, setahun selepas beliau dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri.

Parti itu merupakan antara 4 parti dalam gabungan Pakatan Harapan, di samping PKR, DAP dan Amanah.

Gabungan itu dipercayai akan menggunakan satu logo, yang akan diumumkan di Johor esok.

Sumber: FMT