Penyokong DAP Ingatkan Pengundi Cina: Jangan Lupa Mahathir Pernah Panggil Kita Komunis!

Penyokong DAP Ingatkan Pengundi Cina: Jangan Lupa Mahathir Pernah Panggil Kita Komunis!

Sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan berlangsung pada 9 Mei depan, adalah lebih baik sekiranya diimbas kembali beberapa fakta penting sebagai panduan kepada pengundi sama ada untuk memilih Barisan Nasional, Pakatan Harapan atau undi rosak!

Aktivis pembangkang dan juga penulis buku ‘The Nation of Fool‘, Raymond Yeap pernah mengeluarkan sebuah video sekitar bulan Februari tahun ini mengisahkan mengapa beliau memilih untuk melakukan undi rosak pada PRU14 kali ini.

Pepatah Melayu ada mengatakan, luka sudah hilang tetapi parut masih tinggal. Begitulah perasaan penyokong tegar DAP ini yang telah mengundi Pakatan Rakyat (kini dikenali Pakatan Harapan) pada PRU13 lalu.

DAP Mahu Pinggir Agenda Islam Punca Pakatan Rakyat Berkubur - Presiden PAS

Raymond atau lebih dikenali di laman sosial dengan jolokan Botakpen menyeru kepada seluruh penyokong pembangkang terutama masyarakat Cina DAP untuk memboikot pilihan raya kali ini sebagai cara untuk mengajar pembelotan dilakukan pembangkang kepada penyokongnya.

Tegasnya, pengkhianatan pertama dilakukan adalah gagal membela nasib masyarakat Cina walaupun pembangkang mendapat sokongan paling popular dan terbesar dalam sejarah pilihan raya negara.

Namun, setelah menang, “Tiada siapa pun (pemimpin) ambil berat tentang kami,” ujarnya kecewa.

Tambahnya, pembangkang yang selama ini mengkritik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mohamad sebagai Perdana Menteri “yang paling zalim, paling rasis dan paling korup dalam sejarah Malaysia”, menerimanya menyetai Pakatan Harapan dengan tangan terbuka.

lim kit siang lim guan eng Dinasti Lim Pentingkan Kuasa Berbanding Prinsip - Bekas Wakil Rakyat DAP

Memburukkan lagi keadaan, Lim Kit Siang – pemimpin paling lama di dalam DAP – turut menerima Dr Mahathir yang merupakan musuh paling utama bagi masyarakat Cina.

Justeru itu tidak hairanlah Botakpen menggelarkan Lim Kit Siang sebagai pelacur politik dan “soket pelbagai” yang boleh dimuatkan pada mana-mana keadaan sekalipun.

“Depan boleh, belakang pun boleh. Mahathir boleh, siapa-siapa pun boleh,” ujarnya merujuk kepada prinsip Lim Kit Siang yang sentiasa berubah-ubah mengikut kesesuaian agenda politiknya.

Ujarnya, selama 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, masyarakat Cina DAP paling sengsara kerana dikecam dan dihina dengan pelbagai dakwaan jelik, dan mereka yang bekerjasama dengannya kini terpaksa menelan segala penghinaan yang telah dilemparkan bekas Perdana Menteri itu.

Hakikatnya DAP Yang Berkuasa Di Sebalik Nama Tun Mahathir - Presiden PAS

“Saya tidak akan memaafkan beliau kerana menggelarkan kita sebagai Komunis, tetapi inilah pilihan DAP sekarang (bergabung dengan Mahathir).”

Katanya lagi, setelah 15 tahun bersara dari politik, Dr Mahathir memilih untuk kembali aktif dan ini adalah masa sesuai untuk masyarakat Cina membalas semula segala penghinaan yang telah dilemparkan Dr Mahathir.

“Mari kita hancurkan dia. Mari kita kalahkan dia. Mari kita malukan dia! Kerana dia gelar kita komunis. Ambil peluang ini,” kata Raymond menyeru masyarakat Cina untuk melakukan undi rosak untuk mengajar pakatan pembangkang dan Dr Mahathir.

Sumber: Malaysian Digest