najib hishammuddin Rafidah Aziz Bohong! MINDEF Jawab Tuduhan 40,000 Hektar Tanah Tentera Diswastakan

Rafidah Aziz Bohong! MINDEF Jawab Tuduhan 40,000 Hektar Tanah Tentera Diswastakan

Sebelum ini Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein membidas kenyataan bekas rakan menteri kabinetnya, Tan Sri Rafidah Aziz berhubung dakwaan 40,000 hektar tanah tentera telah diswastakan.

Rafidah Aziz menuduh urusan tersebut diluluskan oleh kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika Datuk Seri Najib Tun Razak bergelar Menteri Pertahanan pada 2008.

rafidah aziz Isu Tanah MINDEF: Tuduhan Palsu & Tidak Bertanggungjawab

Selain menyifatkan dakwaan bekas Menteri Pelaburan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu sebagai pembohongan nyata, Hishammuddin Hussein turut menafikan syarikat dimiliki oleh tiga individu yang disebutkan oleh Rafidah ditugaskan menguruskan kesemua tanah-tanah tentera.

“Sebagai sebahagian daripada Ahli Kabinet pada waktu itu, TS Rafidah Aziz sangat tidak bertanggungjawab!” tegas Hishammuddin.

hishammuddin hussein Tuduhan Rafidah Aziz Adalah Tidak Benar & Pembohongan! - Menteri Pertahanan

Bagi menjustifikasikan dakwaannya benar, Rafidah sanggup bersumpah “Wallahi, Wabillahi, Watallahi,” bahawa beliau bercakap benar sebelum ditegah oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Irmohizam Ibrahim supaya ” begitu mudah menggunakan nama Allah sekiranya diri sendiri belum tentu bersih.”

Hari ini, Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerusi satu kenyataan pula tampil membuat penjelasan dengan menjelaskan, sebarang projek pembangunan kerajaan dilakukan melalui pelbagai kaedah termasuk ‘land swap‘.

Tegas MINDEF, lantikan kontraktor berdasarkan ketetapan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan setiap projek dilaksanakan oleh syarikat berlainan dan tiada kaitan antara satu sama lain.

MINDEF Perjelas Projek Pembangunan Tanah Milik ATM

“Secara prinsipnya, pelaksanaan projek-projek Kementerian Pertahanan melalui kaedah land swap merupakan mekanisma yang telah digunapakai dalam rangka model kerjasama awam swasta, PPP (Public Private Partnership) yang telah diselaraskan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).”

Jelas kenyataan itu lagi, sebarang projek kementerian melalui kaedah penswastaan secara ‘land swap‘ perlu dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Kementerian dan Jawatankuasa UKAS sebelum diangkat kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan.

Ianya kemudian perlu mendapat perakuan Jawatankuasa UKAS dan Jawatankuasa Tertinggi Awam Swasta yang masing-masing dipengerusikan oleh Ketua Pengarah UKAS dan Ketua Setiausaha Negara (KSN).