Rakyat Mahu Kestabilan Ekonomi & Politik, Bukan Dakwaan Palsu Atau Ramalan Tilik Nasib

Rakyat Mahu Kestabilan Ekonomi & Politik, Bukan Dakwaan Palsu Atau Ramalan Tilik Nasib

Rakyat mahu kestabilan ekonomi dan politik di negara ini dan ini adalah apa yang ditawarkan oleh kerajaan sekarang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata, kestabilan ekonomi dan politik adalah perkara paling penting bagi pengundi dan dakwaan yang direka-reka oleh pembangkang belum cukup sama ada untuk menjatuhkan perdana menteri atau kerajaan sedia ada.

Justeru, beliau mempersoalkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan jatuh pada pilihan raya umum akan datang.

Adakah Saya Harus Tidak Melawan Mahathir Kerana Keluarga Saya Terhutang Budi Kepadanya?

“Adakah ini berdasarkan kajian saintifik seperti pungutan suara atau berdasarkan amalan menilik nasib? Pembangkang berada dalam keadaan kucar-kacir dan pengundi tidak nampak sebarang alternatif kepada kerajaan sedia ada,” katanya menerusi catatan dalam laman blog beliau sskeruak.blogspot.my.

Sebagai contoh, Salleh menarik perhatian kepada tindakan undang-undang yang diambil ke atas pembangkang seperti anggota parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kerana kenyataannya yang berbaur fitnah ke atas Perdana Menteri.

“Dakwaan palsu terhadap Perdana Menteri belum cukup untuk menjatuhkan beliau. Kita akan melihat bagaimana Tony Pua, yang juga anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mempertahankan dakwaan terbaharunya di mahkamah. Ini akan menentukan sama ada semua dakwaan tersebut benar atau tidak,” kata beliau.

Takut Untuk Berdebat, Tony Pua Sanggup Hina Rakan

Semalam, Perdana Menteri menuntut Tony Pua memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnah yang dimuat naik di laman Facebook beliau.

Menurut peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Najib atas kapasiti peribadinya, kenyataan fitnah yang diucapkan dan diterbitkan oleh Tony Pua pada 6 April, 2017, bertajuk “BN govt abandons all bills to give precedence to PAS RUU355 Private Member’s Bill”. (Kerajaan BN mengabaikan semua Rang Undang-Undang bagi memberi keutamaan kepada Rang Undang-Undang Ahli Persendirian RUU355 oleh PAS).