Situasi Sebenar Pekerja-Pekerja Dalam Projek ECRL

Situasi Sebenar Pekerja-Pekerja Dalam Projek ECRL

Pembinaan perumulaan untuk projek ECRL kini ada 1,718 pekerja. Hanya 311 (18%) dari China.

Jumlah pekerja asing untuk projek ECRL dihadkan oleh ECRL pada taraf 30%. (Sumber: The Edge Markets)

Pada masa ini, ada 215 buah syarikat tempatan yang terlibat dalam projek ECRL iaitu 26 syarikat konsultan, 99 syarikat pembekal dan 90 kontraktor tempatan. Pihak kontraktor utama ECRL akan terus memberikan keutamaan kepada penggunaan bahan-bahan binaan dari syarikat-syarikat tempatan di Malaysia.

Dianggarkan sebanyak 80,000 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung akan ditawarkan sepanjang tempoh pembinaan ECRL.

Setakat ini, syarikat China CCCC telah menaja RM23 juta untuk Program Latihan Kemahiran Industri Laluan Rel Pantai Timur (PLKI-ECRL).

Pembangkang & Pengkritik ECRL, Sila Jawab 2 Soalan Ini Dahulu

Sejak program bermula bulan September 2017, 185 orang telah menamatkan latihan dan telah pun mula berkerja di MRL dan CCCC. Seramai 244 pelatih lagi akan tamat latihan pada April 2018.

MRL amat berharap agar warga tempatan merebut peluang untuk terlibat dalam kerja-kerja pembinaan ECRL di mana pemindahan kepakaran teknologi rel dari China dapat memberi manfaat yang besar kepada negara dalam jangka masa panjang.

Oleh Lim Sian See