SPR Bukan Parti Bertanding, Fitnah Pembangkang Keterlaluan

SPR Bukan Parti Bertanding, Fitnah Pembangkang Keterlaluan

Adakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)? Ini kerana kalau mengikut serangan fitnah dan tohmahan daripada gabungan pembangkang PKR, ia menjadikan seolah-olah SPR yang akan bertanding.

Bagai segala yang di bawah langit menjadi bahan fitnah terhadap SPR termasuk tohmahan undi pos akan disorok, senarai daftar pengundi diubah serta persempadanan semula dimanipulasikan.

Seringkali disaksikan bahawa SPR terpaksa mengeluarkan pelbagai kenyataan bagi menangkis persepsi-persepsi ‘menyesatkan’ daripada gabungan pembangkang PKR sedangkan yang akan bertanding nanti adalah Barisan Nasional (BN).

Tiada Manipulasi Sistem Pilihan Raya Pada PRU14 Untuk Menangkan Pihak Tertentu - SPR

Berikutan terlalu sibuk memfitnah SPR, gabungan pembangkang berkenaan bagai tidak sedar bahawa tuduhan-tuduhannya itu adalah bercanggah sama sekali apabila meminta pengundi untuk tetap keluar mengundi.

Sekiranya SPR benar-benar melakukan penipuan sebagaimana fitnah dilemparkan, kenapakah gabungan pembangkang PKR masih lagi hendak bertanding dalam pilihan raya? Bukankah proses yang sama itu menjadikan mereka sebagai wakil rakyat sebelum ini?

Malah, tidakkah gabungan pembangkang PKR berasa malu kerana turut memfitnah lebih 250,000 orang petugas pilihan raya sementara yang terdiri daripada penjawat awam, guru-guru sekolah, pekerja swasta, masyarakat setempat, mahasiswa dan orang awam.

Dilema Kaum Cina Sebelum Pilihan Raya

Bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, ketelusan SPR dalam menjalankan tanggungjawabnya adalah sehingga membenarkan wakil parti-parti politik serta calon untuk menjadi pemerhati atau pemantau bagi setiap peringkat proses pilihan raya.

“SPR adalah badan bebas yang tidak memihak kepada sesiapa pun tetapi pembangkang yang mentohmah SPR sebagai badan yang tidak dipercayai semata-mata untuk membangkitkan emosi dan sentimen pengundi,” katanya yang berpengalaman menyaksikan senario sama semasa mengendalikan PRU-13.

Ujar beliau, pendekatan gabungan pembangkang adalah bukannya mendapatkan pengundi yang tenang dan berpengetahuan tetapi menimbulkan situasi untuk rakyat terperangkap dalam keadaan emosional dan kemarahan sehingga tidak sedar kepentingan mereka diperkotak-katikkan.