Sudahlah Tak Dibantu, Peniaga Premis Terbakar Difitnah Sebagai Pengundi Bangladesh Pula!

Sudahlah Tak Dibantu, Peniaga Premis Terbakar Difitnah Sebagai Pengundi Bangladesh Pula!

Naib Ketua UMNO Petaling Jaya Selatan (PJS) Datuk d semalam tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya selepas menjadi mangsa berita palsu berikutan penyebaran sebuah video mendakwa beliau memberi rasuah kepada warga asing.

Lebih menyedihkan, tindakan penyebaran fitnah itu bukan sahaja memberi kesan kepada Abdul Mutalif, sebaliknya ia turut memberi impak negatif kepada seorang peniaga warga tempatan, yang didakwa warga Bangladesh.

Pemimpin BN Diftnah Lagi! Kali Ini Dituduh 'Sogok' Pendatang Asing

Terkilan dengan tohmahan tidak berasas itu tatkala beliau kini sedang berdepan dengan kesusahan selepas premisnya terbakar pada 9 April lalu, Azmi Abdul Malik hadir bersama-sama Abdul Mutalif di balai polis semalam untuk menjelaskan situasi sebenar.

Beliau dengan nada sebak melahirkan rasa terkilan selepas difitnah sebagai warga Bangladesh, yang kononnya disogok untuk membantu Barisan Nasional (BN) mengambil alih Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

“Tak dapat bantu saya, jangan buntukan saya sebab saya ada keluarga, benda lain yang saya perlu utamakan. Agak terkilan dengan apa yang berlaku semalam sebab saya sendiri berusaha bersusah payah untuk majukan diri dan keluarga saya.

“Bila dibantu, saya dibuntu pula dengan ayat-ayat yang menyedihkan. Diharap perkara sebegini tidak berulang, bantulah saya, bukan membuntukan saya,” katanya memetik rakaman video yang disiarkan Suara TV, semalam.

Sementara itu Abdul Mutalif yang juga koordinator pembangunan persekutuan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Taman Medan menjelaskan bahawa bengkel milik bapa kepada tiga orang anak itu terbakar dalam kejadian kira-kira 8 pagi, Isnin lalu.

Abdul Mutalif berkata beliau ke tapak bengkel itu bagi memberikan sumbangan sebanyak RM3,000 bagi meringankan beban Azmi, yang sudah menetap di Taman Medan sejak 1990.

Memetik rakaman video tersebut lagi, Abdul Mutalif menambah Azmi menyara keluarganya dengan menjalankan perniagaan, selain terpaksa membiayai kos perubatan dua anaknya yang kini masing-masing menghidap diabetes dan masalah jantung.

Difahamkan, laporan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat menyatakan kebakaran premis Azmi berlaku disebabkan masalah lintar pintas daripada bateri motorsikal.

Sumber: Malaysian Digest