hishammuddin hussein Tuduhan Rafidah Aziz Adalah Tidak Benar & Pembohongan! - Menteri Pertahanan

Tuduhan Rafidah Aziz Adalah Tidak Benar & Pembohongan! – Menteri Pertahanan

3 perkara utama yang boleh saya boleh menjawab jawapan secara langsung terhadap dakwaan TS Rafidah Aziz seperti berikut:

1. Tuduhan dan dakwaan TS Rafidah Aziz bahawa sebuah syarikat milik 3 individu yang kini memiliki setiap inci tanah Kementerian Pertahanan Malaysia / Angkatan Tentera Malaysia adalah tidak benar.

2. Dakwaan beliau bahawa syarikat ini didakwa membuat semua keputusan mengenai tanah Kementerian Pertahanan Malaysia / Angkatan Tentera Malaysia juga adalah tidak benar.

3. Tambahan lagi, tuduhan bahawa projek pertanian komersial berskala besar melibatkan tanah yang dimiliki oleh syarikat 3 individu ini juga tidak benar, ia hanyalah perbincangan saya dengan Menteri Pertanian 2 tahun lepas mengenai ‘Food Security’.

Sebagai sebahagian daripada Ahli Kabinet pada waktu itu, kenyataan beliau amat tidak bertanggungjawab dan merupakan satu pembohongan yang nyata!

Oleh Hishammuddin Hussein,
Menteri Pertahanan