‘Wakeup Malaya’ adalah satu pendekatan politik yang berasaskan visual, dikongsikan bersama-sama dengan warga netizen yang cerdik minda. Pemahaman yang disampaikan, distimulasikan dengan visual serta disokong oleh artikel-artikel pencerahan yang menjawab pelbagai persoalan politik terkini.
 
‘Wakeup’ dipinjam daripada perkataan Inggeris, yang bermaksud ‘Bangkitlah’, yang menyeru agar rakyat Malaysia, terutama sekali warga netizen, agar bangun dan bangkitkan semangat cintakan Agama, Bangsa dan Tanahair, tanpa berbelah bagi, atas dasar kebenaran.
 
Penggunaan suku kata ‘Malaya’ dan bukan ‘Malaysia’ adalah untuk meghidupkan kembali perasaan semangat cintakan Negara dan penyatuan antara kaum yang diasaskan oleh ayahanda kemerdekaan kita dahulu, bersama-sama sekutu beliau.
 
Harapan kami, agar Wakeup Malaya menjadi sumber referensi bagi netizen untuk mencari kebenaran dalam hingar-bingar internet yang berantakan.